Pages

Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Syiah, Asyura dan Karbala

Syiah, Asyura dan Karbala
Oleh Mohd Aizam Mas'od

Kedatangan 10 Muharam sering ditunggu-tunggu oleh penganut Syiah. Mereka seringkali mengaitkannya dengan semangat Asyura dan Karbala. Sehinggakan sesetengah penganut Syiah mengambil kesempatan menjadikan 10 Muharam sebagai hari memerangi Zionis.

Apakah umat Islam perlu disyiahkan terlebih dahulu agar Zionis mampu ditumbangkan?

Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap.

Sesetengah penganut Syiah cuba beralasan dengan mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang juga tiada dalilnya menurut al-Quran dan al-sunnah.

Kiasan palsu yang direka-reka ini langsung tidak mengenai 'illah (alasan) antara dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah adalah sambutan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah al-Munawwarah.

Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. Justeru, apa pula 'illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan?

Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri!

Bidaah Asyura tajaan Syiah

Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharam sebagai hari memperingati peristiwa Karbala adalah amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang sahih: Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharam), maka beliau bertanya: "Hari apakah ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuhnya, maka Musa a.s berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya". Nabi SAW bersabda: "Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian", maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun apabila syahidnya Saidina Husin r.a di bumi Karbala pada 10 Muharam tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bidaah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan daripada kesedihan dan penyesalan.

Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria.

Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya. (Al-Tasyayyu' Wasy-Syi'ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi'iy, hal. 141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah?

Jawapannya mudah. Ini kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

Read More...

Friday, December 17, 2010

Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala Episode Akhir

Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan musuh-mush Islam yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebanarnya satu taktik mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana pembunuhan Khalifah Uthman.


Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan Syiah pehanya sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula kebiadapannya terhadap Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang menghitamkan muka orang-orang Mukmin.

Kebiadaban Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu Rabi' menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi' telah memerintahkan anaknya yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al ' Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.

Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi Syiah, bahawa beliau telah dibunuh oleh Sabih Dailamy, seorang Syiah kental dengan perintah Al Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung kesan-kesan pedang di tubuhnya.

Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang sampai begini biadapnya terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan di medan Karbala.

Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin pengikut-pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali dengan 'syiah' boleh bertindak kejam pula terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup mempertahankan nyawa demi mempertahankan Iman-imam mereka? Secara ringkas bolehlah kita katakan bahawa 'perasaan kehairanan' yang seperti ini mungkin timbul dari dalam fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan Syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada orang-orang terdahulu. Adapun orang-orang yang mengadakan sesuatu fahaman dengan tujuan-tujuan yang tertentu dan masih hidup ketika mana ajaran dan fahaman itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan mereka mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia dan kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan Syiahlah yang bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang-orang yang ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.

Tidak mungkin orang-orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan berkahwin dengan orang-orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh-pembunuh atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh ayah, datuk atau bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan pemerintah-pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini, ia juga menunjukkan mereka adalah golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait.

Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:

(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)

(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul
Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)

(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.

Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-

1.Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.

2.Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.

3.Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.

4.Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.

5.Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.

6.Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.

Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.
Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:-

(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)

(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.

Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di medan Karbala .

Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli sejarah dari Abu Mukhnaf, Hisyam dan lain–lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun air walaupun kepada kanak–kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu sehingga mereka mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara cucu kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid. Apakah kekejaman–kekejaman yang tidak ada tolak bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah boleh dilupakan begitu mudah oleh anak – anak cucu orang–orang yang teraniaya di medan Karbala itu? Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya perkahwinan mereka ini, bukan lagi di zaman kekuasaan keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu ialah keluarga Marwan. Di sana tidak terdapat satu pun alasan untuk kita mengatakan perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan.

Perkahwinan mereka membuktikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu cerita–cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali (yang terkenal dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah. Ayah kepada Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam oleh Syiah Kaisamyyah .


Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaaan yang berlaku di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu Sayyidina Ali, Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara mereka sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab dan sejarah. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk dari kitab–kitab seperti Jamratu Al Ansab, Nasbu Quraisy, Al Bidayah Wa An Nihayah, Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain–lain .
Read More...

Monday, December 6, 2010

Bukan ‘Aishah Pencetus Fitnah Perang Jamal

Muqaddimah:
Rata-rata penulis sejarah Islam meletakkan kesalahan di atas bahu ‘Aishah dengan menuduhnya sebagai punca berlakunya fitnah perang Jamal yang berakhir dengan kekalahannya kepada tentera Sayyidina ‘Ali. Beliau didakwa mempunyai maksud untuk menjatuhkan Khalifah ‘Ali yang telahpun dibai’ah. Mereka mengaitkan juga dengan kegagalan Sayyidatina ‘Aishah di dalam peperangan Jamal itu dengan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan berjaya golongan yang dipimpin oleh seorang perempuan”. Persoalannya adakah benar begitu pendirian Sayyidatina ‘Aishah, isteri Rasulullah s.a.w. di dunia dan akhirat, guru kepada sekalian sahabat dan juga ibu kepada orang-orang mu`min? Apakah maksud memimpin orang-orang Islam menemui Sayyidina ‘Ali dan adakah wanita sama sekali tidak boleh menjadi pemimpin?

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ الْهَيْثَمِ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ أَيَّامَ الْجَمَلِ لَمَّا بَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ فَارِسًا مَلَّكُوا ابْنَةَ كِسْرَى قَالَ لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً

Diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Abu Bakrah katanya: “Allah memberi satu faedah dan pengajaran kepada saya apabila berlaku peperangan Jamal iaitu bila sampai kepada Rasulullah orang-orang Parsi melantik anak perempuan Kisra sebagai raja. Baginda bersabda: “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang urusan mereka”. (al-Bukhari, no: 7099)




Apa yang disebutkan oleh Abu Bakrah sebenarnya adalah hasil kesimpulannya dan pemahamannya sendiri. Padahal peperangan Jamal tercetus bukan kerana permusuhan dan perebutan kuasa di antara Sayyidatina ‘Aishah dan Sayyidina ‘Ali tetapi kekeliruan akibat pertempuran yang dirancang di antara dua kumpulan Saba`iyyah (golongan Syiah) yang menyelinap masuk dalam kumpulan ‘Aishah dan Sayyidina ‘Ali. Kumpulan Saba’iyyah inilah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Uthman.

Sayyidatina ‘Aishah, yang mempunyai kedudukan dan berwibawa di kalangan umat Islam, telah didatangi oleh sekumpulan dari mereka supaya mencari jalan supaya tindakan diambil ke atas pembunuh-pembunuh Sayyidina Uthman. Untuk memenuhi permintaan tersebut, beliau bercadang menemui Sayyidina ‘Ali untuk menasihatinya supaya mengambil tindakan ke atas pembunuh Sayyidina Uthman demi mengelakkan fitnah yang lebih besar. Bersama dengan beliau ada dua orang sahabat besar iaitu Talhah dan al-Zubair r.a. Mereka berdua telah pun berbai’ah dengan Sayyidina ‘Ali dan meminta keizinan dari beliau (‘Ali) untuk menyelesaikan masalah darah Khalifah.

Pada masa itu, Sayyidatina ‘A`ishah dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah menunaikan haji. Demi untuk menyelesaikan kekusutan tersebut beliau terpaksa berpatah balik ke Mekah.

Tujuan Sayyidatina ‘Aishah pergi ke Mekah ialah untuk mendamaikan bukan untuk menonjolkan dirinya untuk menjadi khalifah. Fakta sejarah telah diselewengkan dengan mengatakan tujuan kedatangan ‘A`ishah adalah untuk merampas jawatan khalifah. Sedangkan yang sebenarnya, beliau datang adalah untuk kedamaian iaitu untuk menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah ‘Uthman.

Golongan munafikin yang membunuh Khalifah ‘Uthman membuat perhitungan iaitu jika Sayyidina ‘Ali dan ‘Aishah berdamai maka keselamatan mereka akan tergugat dan mereka akan dibunuh. Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak ‘Aishah manakala satu lagi kumpulan akan menyelinap ke dalam kumpulan Sayyidina ‘Ali. Sebelum Sayyidina ‘Ali dan para Sahabat mencapai apa-apa persetujuan, mereka secara senyap telah mencetuskan kekacauan dengan saling menyerang di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak. Orang-orang yang berada di pihak Sayyidatina ‘Aishah menyangka mereka diserang oleh pihak Sayyidina ‘Ali dan begitu juga sebaliknya.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan berselerakan dan terjadilah pertumpahan darah sesama muslimin. Tercapai lah hajat musuh-musuh Islam tersebut.

Semuanya ini berlaku disebabkan oleh perancangan licik pembunuh-pembunuh Khalifah ‘Uthman. Pada hal, kedua-dua pihak Sayyidina Ali dan Sayyidatina ‘Aishah masih lagi berunding untuk menyelesaikan kes pembunuhan Sayyidina Uthman.

Amat malang niat mereka yang datang untuk berdamai dan memulihkan keadaan tetapi muncul pula fitnah yang lain.

Dengan kekuatan tentera yang dimilikinya, Sayyidina ‘Ali berjaya menguasai pasukan Sayyidatina ‘Aishah kerana pada masa itu, pasukan Sayyidatina ‘Aishah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah kerana tujuan kedatangan mereka adalah bukan untuk berperang tetapi untuk mencari jalan perdamaian. Malah amat jauh sekali untuk memberontak dan merebut jawatan khalifah daripada Sayyidina ‘Ali.

Walaupun telah menguasai pertempuran, Sayyidina ‘Ali tetap menunjukkan sikap hormatnya kepada Sayyidatina ‘Aishah. Beliau menghantar Sayyidatina ‘Aishah pulang ke Madinah dalam keadaan tidak diapa-apakan dan terhormat. Kepada pasukannya, beliau berpesan supaya tidak menjadikan peperangan ini seperti peperangan lain kerana perang ini berlaku sesama sendiri. Harta pihak ‘A`ishah tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah. Mereka yang lari tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang Islam.

Abu Bakrah yang berpendapat bahawa apa yang berlaku adalah kesilapan ‘A`ishah kerana beliau seorang perempuan dan tidak layak memimpin sesuatu pasukan. Beliau memahami hadis “tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang urusan mereka” sebagai berlaku kepada ‘Aishah. Apa yang difahami oleh Abu Bakrah sebenarnya adalah pendapatnya sendiri dan bukan mewakili pendapat semua sahabat.

Dengan bersandarkan pendapat Abu Bakrah inilah, ada ulama menyimpulkan bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin baik di peringkat mana pun, sama ada di peringkat rendah, apatah lagi diperingkat tinggi.

Boleh atau tidaknya seorang perempuan menjadi pemimpin adalah merupakan khilaf di kalangan ulama dan kita tidak boleh berhujah dengan hadis ini dengan mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin sama sekali. Ini kerana apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu mempunyai latar belakang dan sebab yang khusus iaitu merujuk kepada Kisra Parsi yang melantik anak perempuannya sebagai raja.

Sekiranya wanita adalah secara mutlak tidak boleh menjadi pemimpin tentu sekali Sayyidina ‘Umar tidak akan melantik Shifa` binti ‘Abdullah menjadi ketua yang bertanggunjawab terhadap bandar Madinah. Keluarnya Sayyidatina ‘Aishah menemui ‘Ali dengan tujuan untuk menasihatinya menunjukkan wanita boleh keluar dari rumahnya sekiranya ada keperluan dan dengan maksud yang baik malah dia juga boleh terlibat dengan urusan politik. Sekiranya ‘Aishah mengetahui dan memahami hadis tersebut iaitu perempuan tidak boleh menjadi pemimpin (seperti yang difahami oleh Abu Bakrah) tentu dari awal lagi beliau tidak akan terlibat dengan urusan negara ini. Ini menunjukkan bahawa ‘Aishah berpendapat bahawa harus keluar jika mempunyai maksud yang baik .

Cuma apa yang berlaku kepada ‘Aishah adalah sesuatu yang di luar jangkaannya. Kedatangan beliau dan rombongannya dengan tujuan yang baik dan suasana yang damai telah bertukar menjadi fitnah akibat konspirasi dan perancangan jahat golongan munafikin atau Saba`iyyah. Adalah tidak benar untuk meletakkan kesalahan ini kepada beliau dengan semata-mata beralasan bahawa beliau seorang wanita.

Pada kenyataannya, jatuh bangun sesebuah kerajaan bukan terletak kepada jantina pemerintahnya, tetapi berdasarkan kepada kebijaksanaan, ketelusan dan keadilannya. Sekian banyak negara yang ma’mur dan maju di bawah pemerintahan wanita yang adil dan bijaksana. Sementara itu, berapa banyak kerajaan yang telah hancur walaupun diperintah oleh orang lelaki bilamana pemimpin tersebut lemah dan korup.

Malah ada ulama yang berpendapat wanita boleh menjadi pemimpin di semua peringkat kecuali di peringkat wilayah kubra iaitu kepimpinan tertinggi negara.

Yang menariknya, al-Qur`an merakamkan kisah Baqis yang menjadi raja sebuah negara yang ma’mur dan maju. Kehebatan kerajaannya itu tidak dapat dikalahkan kecuali oleh kerajaan Nabi Sulaiman.

Sifat atau keadaan pendapat Abu Bakrah ini sama seperti pendapat sahabat yang lain di mana mereka mengemukakan pendapat mengikut pemahaman masing-masing. Sebagaimana adanya khilaf di kalangan sahabat dalam masalah-masalah fiqh maka begitu juga dalam masalah ini. Tidak semestinya seseorang itu terikat dengan pendapat salah seorang sahabat.

Abu Husna
-Sejarah tidak pernah berbohong-
Read More...

Monday, October 18, 2010

Penularan Revolusi Fahaman Dajjal

Inilah yang dikatakan pegangan ahli sunnah yang yang menjadi prinsip pegangan serta ikutan yang jauh dari persimpangan aqidah sebenar serta tertolak dari syariat Islam. Namun ketaksuban dalam beragama serta diada-adakan sesuatu yang bukan daripada kehendak agama adalah sesuatu yang tertolak sebagaimana hadis Dari Aisyah r.a katanya: Rasullullah SAW bersabda:
"Brg siapa yg mengada2kan dlm pekerjaanku ini(dlm agama) apa yg tiada di dlmnya,maka ia ditolak, sahih bukhari no. 1250




Ketaksuban anak-anak muda ini telah menjadi sesuatu keraguan serta kegusaran kita apabila yang haq dan yang batil berada dalam satu kepompong yang bakal mengakibatkan bencana yang mampu merosakkan aqidah sekiranya perkara ini tidak dipandang serius oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab. Penularan fahaman dajjal syiah ini telah menular masuk ke malaysia seperti cendawan mekar yang ditumbuh dini hari. Dimanakah kita yang sering memperjuangkan aqidah sunnah wal jamaah, yang menuduh orang itu ini wahabi?...ayuh bangunlah selamatkan generasi yang suci dari kekotoran fakta serta pegangan syariat sebenar berteraskan Al Quran dan Sunnah.

Perjuangan konspirasi dajjal ini telah mendapat tempat saban hari dimata masyarakat umat islam dengan revolusi islam yang telah dipandang oleh masyarakat dunia sebagai paksi yang mampu menzahirkan islam yang sebenar walhal mereka inilah dajjal sebelum timbulnya dajjal yang akan menyesatkan lagi tersesat kelak. kelantangan penulis-penulis dajjal syiah ini telah mendapat tempat dengan karya yang tidak bertepatan dengan sumber rujukan asal agama iaitu AlQuran dan Sunnah.



Ayuh bangunlah selamatkanlah diri kita serta seluruh umat yang hari ini mencari agama sebenar demi tujuan hidup yang kekal abadi di kampung akhirat kelak. wallhualam.

Setiap perkataan yang terbaik adalah kalamullah dan setiap perbuatan adalah mengikut cara Nabi Muhammad SAW dan setiap apa yang diadakan -adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan itu adalah neraka. (Bukhari,Nasaei)

AbuHusna
Read More...

Wednesday, October 6, 2010

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi’. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta’lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu’ , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : “Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita”. Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara’ yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa’ sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu’asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma’ wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas’ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara’. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010
Read More...

Wednesday, September 8, 2010

Yang tersirat disebalik Sinari Lebaran

Iklan Sinari Lebaran yang ditayangkan di TV3 mengundang pelbagai spekulasi dari banyak pihak. Berlatarbelakangkan hari raya Aidlifitri, namun terdapat beberapa unsur iluminati di situ.

Terlepas untuk menonton kerana TV3 telah menarik balik iklan tersebut,tonton disini




Marilah kita bersama merungkaikan apakah makna tersirat iklan tersebut, penulis lampirkan jawapan kepada makna tersirat yang mengundang spekulasi itu. Nilailah dengan secara ilmiah serta berlapang dadalah dalam setiap keputusan yang dibuat.



Sudah menjadi sinonim apabila tiba musim perayaan tidak kira apa juga perayaan pastinya stesyen rangkaian terrkemuka Malaysia, TV3 akan mempromosikan iklan raya yang acap kalinya mendapat sambutan hangat serta komen yang memberangsangkan oleh para penonton tidak kira umur, jantina, bangsa, muda, tua dan sebagainya. Namun bagi eidulfitri yang bakal menjelma nanti TV3 tampil dengan membawakan kelainan serta diluar jangkauan terma dan syarat pengiklanan serta syariat yang digariskan Islam. Kelainan apakah yang cuba ditampilkan oleh TV3 ini? Marilah sama-sama kita menelitinya setiap apa yang tersirat disebalik Sinari Lebaran 2010 ini. Wallahualam.

Gambar 1 - Budak lelaki Melayu sedang menyelak sebuah buku bergambar, di malam hari didalam sebuah pondok buruk yang hanya beratapkan rumbia selain bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka luas.




Maksud yang tersirat:
1.Budak lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku – Bible (atau lain2)
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
5. Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Gambar 2 - Sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).






Maksud yang tersirat:
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganisme


Gambar 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu kagum dan gembira. Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk, lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.




Maksud yang tersirat:
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Gambar 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (kemurtadan bertambah)

Maksud yang tersirat:
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Gambar 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

Maksud yang tersirat:
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysia’s Illumination Capital

Gambar 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

Maksud yang tersirat:
1.Tambahan Pasangan Melayu - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Gambar 7 - Beca berhenti dihadapan kondo. Kelihatan pasangan budak Melayu lagi yang memasuki beca

Maksud yang tersirat:
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah segalanya kebebasan, urban, serta “cool”.




Perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Masih kebetulan kah? Benarkah awan disetiap menara masjid seperti ini?





Mengapakah teratai yang dipilih didalam iklan Eidulfitri ini? Masih banyak lagi bunga yang boleh disiarkan untuk menggambarkan keceriaan. Ditengah taratai ini terdapat (pelita) seolah-olah menggambarkan agama Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.






Perhatikan, gambar ini kelihatan normal bagi sesiapa yang tidak menyedari, namun jika diteliti dengan lebih mendalam, kelihatan bintang berbucu 6 yang membawa maksud gerakan zionise.



Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" [Ch2:V120]

Adakah apa yang berlaku semuanya kebetulan?...fikirlah kita sbnrnya sedang berhadapan dengan kebangkita serta kedatangan era dajjal yang mampu mengoyah iman jika aqidah sebenar jauh dari menyimpang daripada sumber asal iaitu AlQuran dan As Sunnah (al hadis).

Read More...

PENGERTIAN SEBENAR HARI RAYA

Hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira bahkan perkataan Eid itu sendiri membawa makna kegembiraan, bukannya untuk bersedih. Ini jelas setelah berjuang selama sebulan menahan lapar dan dahaga, ketibaan Eidul fitri adalah merupakan kemenangan bagi umat islam serta digalakkan seluruh umat Islam meraikan dengan gembiranya.Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini penulis menggariskan beberapa panduan serta sunnah pada hari raya yang bakal menjelma. InshaAllah.


1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah dalam [Surah al-Baqarah: 185]

“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:

“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.

Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:

“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha.

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:

“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).

Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLLah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.

Tinta,
Abu Husna
Artikel asal Dr.Maza

Read More...

Thursday, August 5, 2010

Perlunya ilmu dalam setiap keputusan.

Jauh perjalanan merentasi Laut China Selatan telah hampir ke kemuncaknya apabila kembara ilmu pada kali ini benar-benar terlalu puas rasa hati bukan hanya dapat menyampaikan ilmu, bahkan dapat berkongsi ilmu serta bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan lama yang sama-sama berjuang demi menghasilkan sebuah penyelidikan yang berkualiti. Bumi Sarawak pada kali ini dikunjungi pelbagai warga manusia dari seluruh pelusuk bumi antaranya Sudan, Pakistan, Bangladesh, Iraq, Russia, tidak ketinggalan Iran serta beberapa buah Negara dunia yang lain dalam World Engineering Congress 2010.

Penulis hanyalah seorang yang kerdil menjejakan kaki ke bumi Sarawak untuk kali yang pertama demi mencapai matlamat seorang penyelidik (Paper publications) serta ingin meluaskan pandangan serta ilmu yang Allah SWT kurniakan kepada setiap hamba-hambaNya. Selain kemanisan dalam “berconference” buat kali keduanya penulis dapat menaiki kapal terbang yang telah ditempah oleh pihak university, Alhamdulillah.




Sebenarnya apa yang bermain diminda penulis ialah bukan hanya ilmu penyelidikan fardhu kifayah ini bahkan sepatutnya kita sbg hambaNya mesti juga memikirkan kearah perkara yang membelenggu umat Islam pada hari ini. Tidak benar sama sekali jika kekhilafan menjadikan kita seluruh umat islam berpecah belah. Sebaliknya perpecahan ini berlaku jika hanya aqidah yang terpesong daripada pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah sebagaimana yang di firmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran serta wahyu yang diberikan oleh RasulNya Muhammad SAW iaitulah Al Hadis menjadi rujukan yang tertinggi . Tidak!, dengan mengatakan seseorang itu tidak berqunut subuh sebagai dia tidak betul dan sesat. Selain dengan menuduh orang yang berbeza pendapat dengan kita dengan gelaran wahabi, sebaliknya dengan perbezaan pendapat itu akan melahirkan kemanisan dalam berfikir serta mencetuskan intelektual dikalangan umat masyarakat Islam.

Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) juga:
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali Rasulullah SAW. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157).

Apakah mungkin benar jika penulis katakan bahawa dunia yang tanpa sempadan hari ini dengan maklumat yang berada dihujung jari, kita mampu beralih kearah dunia teknologi yang hebat seiring dengan pemikiran kita yang hebat bersamaan dengan menongkah arus teknologi perubahan. Sebaliknya agama perlu dan semestinya menjadikan Al-Quran serta Hadis setinggi rujukan bukan agama yang lahir dari pemikiran teknologi maju yang canggih ini.

Ini kita dapat lihat hasil dari suku sakat kaum yakjuj wa makjuj yang telah menembusi tembok halangan yang dibina oleh zulkarnian sebagaimana yang Allah SWT telah rekodkan dalam firmanNya didalam Al Quran didalam surah Al Kahfi ayat 96 (guna tafsir sendiri). Apabila suku sakat ini menggunakan akal mereka untuk menolak kepercayaan meraka bahawa kewujudan Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini. Nauzubillah..

Dengan kejayaan teknologi yang banyak dihasilkan oleh barat, maka menjadikan mereka ini sebagai makhluk atau umat manusia yang angkuh serta mendabik dada bahawa merekalah yang berkuasa di bumi ini dan bukan Tuhan, hingga mereka bertanya dengan sinis: Dimana Tuhan? Kerana sudah berjaya meneroka angkasa lepas mereka masih belum menemui Tuhan di sana.

Ada pernyataan yang tidak jelas dalam hadis2 berkaitan makhluk perosak ini, penulis dahulu kala dalam kitab-kitab mereka menyatakan berkaitan makhluk perosak ini dengan:

Ditengah keganasan yang sedang mereka lakukan itu, mereka akan menembak anak panah kelangit dengan tujuan membunuh Allah. Untuk mengelirukan mereka Allah pun menyuruh malaikat meyapukan darah dimata panah itu supaya mereka menyangka bahawa mereka mereka benar-benar telah berjaya membunuh Allah.

Pengertian kenyataan diatas mereka mengkufurkan Tuhan 100 peratus.dalam iktikad mereka. Contoh sikap ini telah meluas serta begitu ketara di Negara-negara komunis khususnya Russia, hingga ketika angkasawan pertama mereka berjaya ditembak ke angkasa lepas dan dia melaporkan kebumi bahawa disana pun dia tidak dapat menemui Tuhan. Lalu org-org Russia menampalkan poster yang ditampal di tembok Kremlin, melukis seorang buruh Russia menendang Tuhan hingga Tuhan tercampak ke luar dari angkasa. Malah seorang dari angkasawan mereka dalam satu forum mengenai atheisme (Klik Disini).bernama Gherman Titov, (Klik Disini) mencadangkan supaya diadakan eksperimen anti agama diangkasa lepas. Menurutnya, dengan kejayaan kita meneroka kosmos lebih jauh hingga ke pedalamannya, kita boleh membuktikan bahawa tidak ada tempat bagi Tuhan dilangit dan dibumi.


Sikap anti agama ini telah menular dikalangan orang-orang Eropah sehingga hidup dalam kebebasan dari “kongkongan”agama. Batas dan tatasusila agama telah ditolak sama sekali hinggakan perzinaan menjadi berleluasa serta fikiran mereka yg “maju” itu telah menganggap perkahwinan tidak perlu lagi.

Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang, membiarkan mereka berbuat demikian, kerosakkan demi kerosakkan, kemungkaran demi kemungkaran sepuas nafsu mereka. Dan apabila telah tiba dan Allah menghendakinya nescaya pasti dan pasti Allah SWT akan melakukan Sunnah-Nya dengan mengirim “ Kuman yang akan memakan daging di tubuh mereka” (p/s: InshaAllah, akan dijelaskan nanti)

Alhamdulillah, setiap apa yang berlaku itu pasti dalam pengetahuan Allah SWT serta kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa berfikir, bersatu serta berwaspada dari setiap perbuatan yang diada-adakan serta mengawasi diri dalalm setiap iktikad, perkuatkan diri kita dengan ilmu serta pemantapan aqidah yang bertunjangkan Al-quran dan Sunnah Nabi SAW.

Sebagai renungan Firman Allah SWT (Surah al-Baqarah ayat 114).
“Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar”.


Abu Husna
Kuching, Sarawak
05082010
Read More...

Wednesday, July 28, 2010

Bid'ah Hasanah istilah yang disalah fahami - Dr.MAZA

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).




Wallahualam.
AbuHusna, 2010
Read More...

Tuesday, June 22, 2010

Disebalik penganjuran World Cup!!!!

World Cup2010!!! Sudah sinonim bagi yang meminati permainan bola sepak tidak kira usia samada yang tua, dewasa, remaja sehinggalah kepringkat anak-anak kecil yang menanti serta ternanti-nanti kehadiran acara terbesar dunia setiap 4 tahun sekali ini. Kita ibarat terpukau serta dibuai dengan sihir perlawanan bolasepak ini sehingga ada yang sanggup bangun seawal pagi hanya semata-mata untuk menyaksikan perlawanan Negara-negara yang diminatinya. Amatlah dukacitanya bagi kita sekiranya kita tidak pun mampu untuk mengambil wudhuk dan bersolat sunat tahajjud 2 rakaat kpd Allah. Kita leka dan kita terkinja-kinja menjerit pekik apabila jaringan yang dilakukan oleh pemain-pemain yang menjaringkan goal. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir!




Penulis ingin membawa pembaca sekalian menyingkap sejarah world cup ini yang pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928 di Amsterdam. Sebelumnya bola sepak hanya dipertandingkan di sukan olimpik. World Cup pertama berlangsung di Uruguay pada 13-30 Julai 1930. Presiden FIFA pada waktu itu, Jules Rimet, berharap pertandingan antara negara ini dapat mencipta perdamaian dunia. Kejohanan pertama itu disertai oleh 13 buah Negara yakni Amerika Syarikat, Perancis, Romania, Belgium, Yugoslavia, Argentina, Chile, Mexico, Brazil, Bolivia, Uruguay, Peru dan Paraguay yang kesemuanya adalah negara bukan Islam (non-muslim). Tuan rumah Uruguay telah berjaya menjadi juara setelah mengalahkan Argentina dengan 4-2 di perlawanan akhir yang melayakkan negara tersebut memperolehi trofi Jules Rimet Cup yang bertatahkan emas. Semasa Perang Dunia II, kejuaraan ini terhenti selama 12 tahun. Ia dimulai kembali pada tahun 1950 di Brazil. Pada tahun 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan untuk Brazil menyimpan piala Jules Rimet kerana berjaya menjadi negara pertama yang menjuarai kejohanan itu sebanyak 3 kali iaitu pada 1958, 1962 dan 1970. FIFA kemudian membuat trofi dunia yang baru dengan menggunakan emas 18 karat dengan ketinggian 36cm dan berat 4.97kg, yang menjadi rebutan hingga sekarang. Piala ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh negara pemenang. Untuk menghiburkan masyarakat dunia, replikanya telah dibuat dan diusung mengelilingi dunia setiap kali acara itu menjelang. Piala ini bak berhala yang didewakan oleh masyarakat dunia, khususnya pencinta bola sepak.




Agenda yang tersembunyi

World Cup ini juga mempunyai agenda bagi pihak-pihak yang menganjurkannya sebagai contoh kita renungkan mengapa Afrika Selatan telah di pilih sebagai sebuah Negara yang akan menganjurkan pertandingan terbesar dunia empat tahun sekali ini?...penulis dedahkan dengan erti kata yang sebenar ataupun berpaksikan faktanya iaitu jika dilihat dari segi infrastrukturnya, sebenarnya Afrika Selatan masih berada pada tahap infrastruktur kelas belakang. Negara itu termasuk negara penghutang yang terbesar didunia. Dalam menjayakan misi World Cup yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Oleh yang demikian, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para illumination ataupun kapitalis? Dunia hari ini sedar akan, Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis/illumination global berkulit putih kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang. Dalam waktu dua tahun, semua
stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau.FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan World Cup 2010 ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izinvFIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari World Cup 2010”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas World Cup namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta.Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA”(Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan World Cup 2010. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan World Cup Di samping mengurus pemasaran, kesemua Sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif World Cup.Ketua Eksekutif World Cup 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari World Cup 2010 ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta, di Malaysia pun, para penggiat judi, dan kerajaan judi Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan World Cup 2010 ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam World Cup2010 sebenarnya adalah para Kapitalis, Illumination, Penggiat Judi dan seangkatan dengan mereka!!!!!




Fakta tersembunyi di World Cup2010

World cup mampu untuk menarik setiap kita umat manusia leka akan setiap apa yang diperintahkan oleh agama, sehinggakan ada yang sanggup meng”agama’kan bola sepak. Inilah yang berlaku keatas beberapa Negara Eropah, kaum Nasrani enggan datang ke gereja. Mereka lebih rela pergi ke stadium menonton perlawanan secara live walaupun harus membayar mahal untuknya. Kita juga sering mendengar berapa ramai dari umat Islam yang ‘lebih redha’ menonton bola dan sanggup meninggalkan solat kerana tidak mahu terlepas perlawanannya. Para pemain bola sepak telah menjadi ‘Tuhan’ baru bagi sesetengah manusia. Ada penggila bola sampai ke tahap memuja bintang bola sepak mereka melebihi segala-galanya. Di Argentina sebagai contoh, pemuja Diego Maradona mendirikan Gereja Maradona Iglesia Maradoniana. Maradona telah dianggap sebagai ‘Tuhan’. Dan diberitakan bahawa pengikut ‘agama’ Maradona ini mencapai 15 ribu orang di seluruh dunia. Agama yang didirikan pada 30 Oktober 1998 bersamaan dengan hari lahirnya Maradona. Mereka ini memiliki kitab suci mereka sendiri iaitu buku biografi Maradona dan ‘10 Perintah Tuhan’ ala mereka sendiri. Salah satu perintah tersebut adalah kewajipan untuk mencantumkan nama Diego kepada anak-anak mereka. Iglesia Maradoniana mempunyai tarikh keramat mereka sendiri yang dimulai dari tahun 1960 iaitu tarikh lahirnya bintang bolasepak dunia tersebut. Bagi mereka, tahun 2010 adalah sama dengan tanggal 50 AD (After Diego). Nombor 10 milik Maradona, dianggap bukan sekadar angka semata-mata, tetapi Diego 10’s, jika diolah akan menjadi D10S (dios) yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Tuhan’.




Pelik tetapi benar

Perkara pelik tetapi inilah kebenarannya. Kebenaran yang berlaku keatas setiap Negara-negara Arab yang memilki setiap keseluruhan kekayaan muka bumi ini menjadi dungu dan berpaling drpd menjadi pembela umat islam sejagat. Ini dapat dilihat dengan kegilaan mereka-mereka yang menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis/illumination ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak Arab Saudi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun 1998.

Protokol Yahudi

Di sebalik World Cup 2010 yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”.

Justeru itu, berhati-hatilah wahai kaum saudara ku Muslimin agar kita semua jangan dilalaikan oleh sihir World Cup 2010 ini sehingga menjauhkan kita dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan. Bagi Barat, penyatuan umat Islam di bawah sistem pemerintahan yang satu yang berteraskan Al Quran dan bertunjangkan as Sunnah adalah suatu mimpi ngeri yang mereka berusaha menghalanginya. Mereka tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Berwaspadalah dan berusahalah ke arah menegakkan semula sumber-sumber AlQuran dan as Sunnah, Insya Allah, dengan tertegaknya institusi agung politik umat Islam ini, kita mampu menjadikan mimpi ngeri Barat sebagai sebuah kenyataan!

Sabda Rasulullah SAW, “Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri” [HR al- Hakim]. Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84].

P/s Penulis: Setiap yang baik itu, datangnya drpd Allah SWT dan yang buruk itu adalah kelemahan diri penulis sendiri. Wallahualam

Abu Husna
Bayan Lepas, Png
Read More...

Thursday, June 17, 2010

Sekadar Nasihat...

Artikel ni ditulis atas dasar tujuan untuk memperbaiki diri serta berdakwah demi untuk kebaikan semua dalam kita beramal dan beribadah kepada Allah SWT. Bercakap hal agama semua orang boleh bercakap, tetapi adakah percakapan kita itu dari segi ilmiah yang kita sendiri pelajari ataupun hanya sekadar kita mentaklid buta kepada setiap hujahan dan juga kepada orang yang menyampaikan ilmu tersebut. Yang ingin diperkatakan disini adalah berkaitan ilmu solat kpd Allah SWT. Adakah kita bersolat hari ini dengan solat sebagaimana solat Nabi SAW?

Nabi SAW bersabda:


"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat". [1]




Jadi perkara yang nk sangat saya kongsi disini adalah perkara solat Nabi SAW. Saya di Penang Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadiri setiap kuliah Sifat Solat Nabi SAW yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Johari Wahab Lulusan Hafiz Pakistan dan Pakar Hadis di Yaman.

Dengan tauliah yang diberikan oleh Nabi SAW iaitu :

Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.

Saya berpesan kpd diri saya sendiri dan kepada semua pembaca agar kita sama-sama bertakwa dan menperbaiki ilmu kita serta amalan ibadah kita.Belajar ni sampai diakhir kalam pun kita diwajibkan untuk belajar sebagaimana hadis Nabi SAW

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

Kita jangan jadi sombong kerana ibadah kita yang 20 tahun dulu, seharusnya kita kena semak serta memperbanyakkan istighfar selain memperbanyakkan muhasabah diri:

Kata-kata hikmah khalifah amirul mukminin yang pertama iaitu Umar Al Khattab:

Hasibu An Fusakum Qhabla AnTuha Sabu:
>“Hisablah diri kamu sebelum kamu di hisabkan”

Saya menulis entri kali ini adalah untuk memperingati diri saya serta saya sampaikan kpd semua supaya kita sama- sama menjadikan amalan nasihat menansihati ini seiring dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat,(setiap 6 jam teknologi berubah). InshaAllah. Dalam hadis muslim dinyatakan addin nu nasiha, agama itu adalah nasihat.wallahualam

Entri ini bukanlah untuk menyindir ataupun untuk menzahirkan perasaan sombong, takabur, dengki dsbgnya selain memohon kepada Allah SWT agar dijauhi perasaan riak. InshaAllah.

1 H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Tinta,
Abu Husna
-Research Kluster, Png-
Read More...

Thursday, June 3, 2010

"Halalkah" Judi!!!

Belum pun sempat negara selesai dengan pelbagai isu berbangkit samada berkait rapat antara permasalahan negara yang dibangkitkan didewan negara mahupun dewan undangan timbul pula isu berkaitan judi bola yang telah di “halakan” oleh kerajaan Malaysia dengan alasan untuk mencegah drpd berlakunya gejala-gejala perjudian haram yang lebih berleluasa dikalangan masyarakat Malaysia. Permasalahan ini timbul apabila permohonan lessen perjudian yang di minta oleh sebuat syarikat Ascot sport milik berjaya corporation bersempena dengan sepak mulanya piala dunia 2010 di Afrika Selatan pada 11jun-11julai.
Persoalan yang timbul adakah mampu kita membasmi gejala-gejala perjudian haram dengan membenarkan perjudian “halal” ini?...apakah kesannya apabila pertandingan bolasepak piala dunia ini melabuhkan tirainya? Adakah tabiat judi yang “halal” tadi mampu menghapuskan kegiatan judi yang haram hasil didikan perjudian yang “halal” selama sebulan?...Apakah juga tabiat taik-taik judi ini akan berhenti bersama tanggal 11julai? Dengan mengetahui lesen perjudian “halal” tadi telah tamat tempoh?..persoalan yang harus difikirkan oleh semua yang masih berfikiran waras…



Walhal, tiba hari ini diberitakan oleh Pengarah siasatan jenayah Dato Sri Mohd Bakri menyatakan mereka sudah pun mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola tanpa lesen.Maknanya sindiket tanpa lesen akan terus wujud walaupun judi bola berlesen dikeluarkan. Ini bukanlah perkara yang boleh dipolitikkan oleh sesetengah pihak tetapi ini adalah hukum drpd Allah SWT yang telah menjadikan perjudian, khamar, menilik nasib dan sebagainya sebagai perbuatan yang haram dan menjadikan seseorang itu berdosa besar. Allah SWT, dengan sifat kasih dan sayangNya pada hamba-hambaNya telah menukar setiap yang haram itu kepada yang halal antaranya ialah menggantikan judi dengan sedekah/hadiah, khamar dengan minuman yang halal spt susu dll, zina dengan perkahwinan dan bertilik nasib dengan istiqharah dsbgnya.


Firman Allah SWT dlm suratul Maidah:90~92:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91) Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.(92)


Dengan amaran yang difirmankan oleh Allah SWT itu amat jelaslah bahawa perjudian dan sebagainya mengundang kemusnahan sosioekonomi negara, keruntuhan institusi kekeluargaan yang mana rakyat akan menjadi malas bekerja dengan hanya menanti nasib dikepingan-kepingan kad, nombor-nombor ramalan dsbgnya.

Jangan hanya ingin menurut kemahuan sesuatu pihak atau individu-individu serta tokey-tokey judi kita menggadaikan hukum, melintasi batasan syariat agama demi memuaskan hawa nafsu serta ketagihan judi mereka-mereka yang fasiq.


Akhir kata, sekadar renungan bagi pemimpin dunia,
“Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).


AbuHusna
Negeri Darul Sunnah
Read More...

Friday, May 14, 2010

Pesanan Nabi SAW berkaitan Dajjal

Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim].


Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa

Read More...
Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails