Pages

Thursday, June 3, 2010

"Halalkah" Judi!!!

Belum pun sempat negara selesai dengan pelbagai isu berbangkit samada berkait rapat antara permasalahan negara yang dibangkitkan didewan negara mahupun dewan undangan timbul pula isu berkaitan judi bola yang telah di “halakan” oleh kerajaan Malaysia dengan alasan untuk mencegah drpd berlakunya gejala-gejala perjudian haram yang lebih berleluasa dikalangan masyarakat Malaysia. Permasalahan ini timbul apabila permohonan lessen perjudian yang di minta oleh sebuat syarikat Ascot sport milik berjaya corporation bersempena dengan sepak mulanya piala dunia 2010 di Afrika Selatan pada 11jun-11julai.
Persoalan yang timbul adakah mampu kita membasmi gejala-gejala perjudian haram dengan membenarkan perjudian “halal” ini?...apakah kesannya apabila pertandingan bolasepak piala dunia ini melabuhkan tirainya? Adakah tabiat judi yang “halal” tadi mampu menghapuskan kegiatan judi yang haram hasil didikan perjudian yang “halal” selama sebulan?...Apakah juga tabiat taik-taik judi ini akan berhenti bersama tanggal 11julai? Dengan mengetahui lesen perjudian “halal” tadi telah tamat tempoh?..persoalan yang harus difikirkan oleh semua yang masih berfikiran waras…



Walhal, tiba hari ini diberitakan oleh Pengarah siasatan jenayah Dato Sri Mohd Bakri menyatakan mereka sudah pun mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola tanpa lesen.Maknanya sindiket tanpa lesen akan terus wujud walaupun judi bola berlesen dikeluarkan. Ini bukanlah perkara yang boleh dipolitikkan oleh sesetengah pihak tetapi ini adalah hukum drpd Allah SWT yang telah menjadikan perjudian, khamar, menilik nasib dan sebagainya sebagai perbuatan yang haram dan menjadikan seseorang itu berdosa besar. Allah SWT, dengan sifat kasih dan sayangNya pada hamba-hambaNya telah menukar setiap yang haram itu kepada yang halal antaranya ialah menggantikan judi dengan sedekah/hadiah, khamar dengan minuman yang halal spt susu dll, zina dengan perkahwinan dan bertilik nasib dengan istiqharah dsbgnya.


Firman Allah SWT dlm suratul Maidah:90~92:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91) Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.(92)


Dengan amaran yang difirmankan oleh Allah SWT itu amat jelaslah bahawa perjudian dan sebagainya mengundang kemusnahan sosioekonomi negara, keruntuhan institusi kekeluargaan yang mana rakyat akan menjadi malas bekerja dengan hanya menanti nasib dikepingan-kepingan kad, nombor-nombor ramalan dsbgnya.

Jangan hanya ingin menurut kemahuan sesuatu pihak atau individu-individu serta tokey-tokey judi kita menggadaikan hukum, melintasi batasan syariat agama demi memuaskan hawa nafsu serta ketagihan judi mereka-mereka yang fasiq.


Akhir kata, sekadar renungan bagi pemimpin dunia,
“Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).


AbuHusna
Negeri Darul Sunnah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails