Pages

Friday, September 3, 2010

Peperangan untuk memusnahkan Iraq sebagai sebuah kuasa kedaerahan (Regional Power)

Era pemerintahan Bush yang ingin perang, jelas menunjukkan setiap perundingan yang melibatkan Iraq selain penyelesaian yang boleh dilakukan secara diplomatik kesemuanya ditolak - Iraq, 12 Ogos 1990, proposal perundingan,menunjukkan bahawa Iraq bersedia membuat konsesi yang signifikan sebagai ganjaran untuk perbincangan menyeluruh untuk menyelesaikan konflik Timur Tengah, namun ianya ditolak oleh kerajaan Bush. Begitu pula tawaran lain yang dibuat Iraq pada bulan Disember yang dilaporkan oleh Knut Royce di Newsday.Presiden Bush mengelak dari melakukan perundingan, bahkan menolak untuk menghantar Menteri Luar Negara iaitu Baker untuk bertemu Saddam Hussein sebelum 15 Januari 1991 seperti yang telah dijanjikan pada tarikh 30 November 1990. Bush juga menolak tawaran pengeluaran Iraq,15 Februari 1991 dua hari selepas pesawat AS membakar ratusan perempuan dan anak-anak yang tidur di bawah al-Arneriyah tempat perlindungan dari Bom. Rakyat Iraq seterusnya menyetujui usulan Soviet 18 Februari 1991 - iaitu empat hari sebelum perang tanah,dilancarkan bagi Iraq mematuhi semua resolusi PBB.



Peperangan bawah tanah menetang tentera Iraq telah menyebabkan jumlah yang terbesar terkorban dalam peperangan tersebut. Sebanyak 50000 sehingga 100000 tentera Iraq telah meninggal selepas kerajaan Iraq telah menyerah sepenuhnya tuntutan AS dan PBB. Dengan demikian jelas bahawa kerajaan AS tidak berperang untuk mengamankan negara Iraq dari Kuwait melainkan meneruskan dengan pembunuhan ini dengan erti kata lain menyimpang dari tujuan asal dasar luar negara. Tujuan tersebut tidak pernah ditetapkan untuk orang awam bahkan ianya hanya disebut sebagai kiasan dibawah petunjuk New World Order(NWo).

Apakah yang dimaksudkan dengan New World Order(NWo), apakah AS mengharapkan untuk keluar dari sesuatu dan apakah muslihat disebalik hal yang "baru" di dunia, mungkin suatu peraturan yang baru? Ini adalah andaian Bush bahawa Kesatuan Soviet bersedia, di bawah kepimpinan Gorbachev, untuk menyokong dasar luar negara AS di Dunia Ketiga. AS berpendapat sekiranya Soviet bersedia untuk meninggalkan Iraq dan sekutu lain pada Dunia Ketiga, maka AS dan Barat yang lain di negara-negara kapitalis dapat kembali ke kedudukan dominan mereka di pelbagai bidang seperti ekonomi, minyak serta lain-lain yang mendatangkan sesuatu didunia ini. Perang yang dilakukan AS ini, bertujuan adalah untuk melemahkan Iraq sebagai sebahagian penting dalam New World Order(NWo). [8]

Walaupun peranan Union telah berubah secara dramatik, tujuan imperialisme AS di Timur Tengah tetap pada dasar yang sama, dengan beberapa penstrukturan taktik berdasarkan keadaan yang berbeza-beza. Asas dasar AS ialah untuk menghilangkan atau melemahkan setiap rejim nasionalis yang mencabar dominasi AS serta mengawal keseluruhan wilayah yang kaya dengan hasil bumi iaitu minyak. Strategi yang digunakan seperti ketenteraan terhadap askar Iraq tidak hanya ditujukan pada sasaran ketenteraan, namun "serangan bom telah menghancurkan wilayah yang padat dengan perumahan, kilang, dan kemudahan air, yang akan mempengaruhi penduduk selama bertahun-tahun" [9] Pada awal bulan September 1990, pihak pentadbiran AS, Menteri Luar Negara James Baker,berucap perubahan strategik dengan campur tangan tentera AS bukan hanya untuk pembebasan "Kuwait" tetapi juga untuk merosakan infrastruktur ketenteraan Iraq. [10]

Rujukan:
[8].See James Ridgeway, "Third World Wars: Iraq is a Model for Post-Cold War Colonies," Village Voice, January 29, 1991.
[9].Newsday, February 4, 1991Ñour emphasis.
[10].Speech by Secretary of State James Baker, New York Times, September 4, 1990.

-Edisi ke2 slps Konspirasi US utk memulakan perang teluk 1991-

Pena,
Abu Husna
Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails