Pages

Showing posts with label Publisher. Show all posts
Showing posts with label Publisher. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Lelaki Iran telan syabu maut sembelit

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Tindakan seorang lelaki warga Iran, dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa, menelan ketulan syabu membawa padah apabila dia maut kerana sembelit.

Kejadian berlaku ketika suspek dan dua rakannya yang menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, Jumaat lalu, tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum meninggal dunia.


Dia yang berusia 34 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan pihak hospital menemui dua ketulan mencurigakan di dalam perutnya.

Hasil siasatan polis mendapati, ketulan seberat 19 gram itu adalah dadah jenis syabu yang ditelan mangsa bagi menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati mangsa mati kerana sembelit.

"Kematian lelaki terbabit bukan berpunca daripada dadah yang ditelan kerana ketulan tersebut tidak pecah ketika pemeriksaan.

"Berikutan itu, polis menahan dua rakannya yang berusia 34 dan 35 tahun kerana bersubahat mengedar dadah bersama mangsa," katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, polis percaya mangsa menelan lebih daripada dua ketulan dadah.

"Kita (polis) mengesyaki mangsa telah mengeluarkan sejumlah ketulan syabu yang lain sejurus tiba di negara ini dan ketika menginap di hotel tersebut.

"Sekarang kita sedang menyiasat kepada siapa dadah itu diedarkan termasuk penglibatan dua suspek berkenaan dengan sindiket pengedaran dadah lain," ujarnya.

ihsan utusan.com.my
Read More...

Tuesday, October 19, 2010

3 Artis Indonesia didakwa murtad!!

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak. “Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.



Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.



Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.



Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya,Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

AbuHusna
Read More...

Thursday, April 22, 2010

Keratan Akhbar

Read More...
Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails