Pages

Showing posts with label Video Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Video Ilmiah. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?

Apabila sebut pasal 'khilafah', tidak ramai yang berminat hendak mengambil tahu. Perkataan 'khilafah' adalah asing buat kita, malah mungkin ada yang baru pertama kali dengar. Bagaimana kita hendak fokus kepada persoalan khilafah, sedangkan umat Islam yang lain terlalu sibuk mengejar cita-cita dan kerjaya, asyik menggelamun mengidam kekasih ideal, mengagungkan hiburan, dan lain-lain lagi.

Video ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, antara point-point yang dapat kita highlight adalah seperti berikut: punca kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kesan ketiadaan khilafah ke atas keseluruhan umat Islam dan saranan buat keseluruhan umat Islam.


Maka di sini, luangkanlah sedikit masa (35 minit), untuk memahami apakah itu khilafah dan mengapa soal khilafah adalah amat penting buat kita semua, hatta untuk mazhab syiah sekalipun tidak terkecuali. Memang sengaja kita bawakan dari segi video kerana lebih mudah memahami disamping dapat mengatasi sikap kita yang malas membaca artikel berjela-jela.

Video ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, antara point-point yang dapat kita highlight adalah seperti berikut: punca kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kesan ketiadaan khilafah ke atas keseluruhan umat Islam dan saranan buat keseluruhan umat Islam.

*Kredit untuk Hizbut Tahrir Malaysia

Read More...

Monday, April 18, 2011

Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita!!


subhanallah
Read More...

Friday, October 22, 2010

Peringatan Tentang Dajjal




Read More...

Tuesday, October 19, 2010

Bahaya Syiah

Read More...

Monday, October 18, 2010

Perdana Menteri Turki dan Israel Bertengkar



Video di atas menunjukkan bagaimana Erdogan meninggalkan forum secara tiba-tiba.

Dalam suatu forum ekonomi yang dianjurkan oleh World Economic Forum di Davos, sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Buat pertama kalinya, dunia melihat kuasa besar Islam iaitu Perdana Menteri Turki naik berang ketika cuba menghabiskan hujahnya.


Semasa berhujah, Recep Tayyip Erdogan telah membahaskan akan isu Palestin dan kebiadaban pentadbiran Israel terhadap masyarakat Islam Palestin. Beliau amat emosional ketika menyampaikan hujah-hujahnya sehingga membuatkan pengerusi forum iaitu David Ignatius (wartawan Washington Pos) cuba menghentikan percakapan Erdogan.

Tindakan Ignatius yang cuba memotong cakap Erdogan hanya membuatkan PM Turki itu lebih naik angin, lantas Erdogan mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut. Tindakannya mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada forum tersebut.

Erdogan memang benar-benar marah sehingga beliau mengatakan kepada Perdana Menteri Israel, Simon Peres yang berada di sebelahnya dengan kata,“You’re killing people!!”
Sebelum itu juga, berlaku perbalahan perang mulut antara kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Nada suara mereka juga meninggi antara satu sama lain dan situasi menjadi begitu emosi dan kontroversi.

Kesan dari tindakan kontroversi Erdogan itu, masyarakat Palestin telah mengadakan perarakan besar-besaran di Gaza sambil melaungkan nama Erdogan. Mereka juga membawa sepanduk gambar PM Turki itu sebagai tanda sokongan padu.

Forum tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Januari 2009. Antara ahli panel yang terlibat ialah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki), Simon Peres (PM Israel), Ban Kin Moon (Setiausaha Agong PBB) dan Amri Mussa (Setiausaha Agong Liga Arab).
Turut hadir pada forum tersebut ialah Penasihat Kanan Presiden Amerika, Barrack Obama iaitu Vallarie Jarret dan Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway).

AbuHusna
ihsan ibnu yaacob
Read More...

Wednesday, September 8, 2010

Yang tersirat disebalik Sinari Lebaran

Iklan Sinari Lebaran yang ditayangkan di TV3 mengundang pelbagai spekulasi dari banyak pihak. Berlatarbelakangkan hari raya Aidlifitri, namun terdapat beberapa unsur iluminati di situ.

Terlepas untuk menonton kerana TV3 telah menarik balik iklan tersebut,tonton disini




Marilah kita bersama merungkaikan apakah makna tersirat iklan tersebut, penulis lampirkan jawapan kepada makna tersirat yang mengundang spekulasi itu. Nilailah dengan secara ilmiah serta berlapang dadalah dalam setiap keputusan yang dibuat.



Sudah menjadi sinonim apabila tiba musim perayaan tidak kira apa juga perayaan pastinya stesyen rangkaian terrkemuka Malaysia, TV3 akan mempromosikan iklan raya yang acap kalinya mendapat sambutan hangat serta komen yang memberangsangkan oleh para penonton tidak kira umur, jantina, bangsa, muda, tua dan sebagainya. Namun bagi eidulfitri yang bakal menjelma nanti TV3 tampil dengan membawakan kelainan serta diluar jangkauan terma dan syarat pengiklanan serta syariat yang digariskan Islam. Kelainan apakah yang cuba ditampilkan oleh TV3 ini? Marilah sama-sama kita menelitinya setiap apa yang tersirat disebalik Sinari Lebaran 2010 ini. Wallahualam.

Gambar 1 - Budak lelaki Melayu sedang menyelak sebuah buku bergambar, di malam hari didalam sebuah pondok buruk yang hanya beratapkan rumbia selain bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka luas.




Maksud yang tersirat:
1.Budak lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku – Bible (atau lain2)
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
5. Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Gambar 2 - Sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).






Maksud yang tersirat:
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganisme


Gambar 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu kagum dan gembira. Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk, lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.




Maksud yang tersirat:
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Gambar 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (kemurtadan bertambah)

Maksud yang tersirat:
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Gambar 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

Maksud yang tersirat:
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysia’s Illumination Capital

Gambar 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

Maksud yang tersirat:
1.Tambahan Pasangan Melayu - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Gambar 7 - Beca berhenti dihadapan kondo. Kelihatan pasangan budak Melayu lagi yang memasuki beca

Maksud yang tersirat:
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah segalanya kebebasan, urban, serta “cool”.




Perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Masih kebetulan kah? Benarkah awan disetiap menara masjid seperti ini?





Mengapakah teratai yang dipilih didalam iklan Eidulfitri ini? Masih banyak lagi bunga yang boleh disiarkan untuk menggambarkan keceriaan. Ditengah taratai ini terdapat (pelita) seolah-olah menggambarkan agama Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.






Perhatikan, gambar ini kelihatan normal bagi sesiapa yang tidak menyedari, namun jika diteliti dengan lebih mendalam, kelihatan bintang berbucu 6 yang membawa maksud gerakan zionise.



Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" [Ch2:V120]

Adakah apa yang berlaku semuanya kebetulan?...fikirlah kita sbnrnya sedang berhadapan dengan kebangkita serta kedatangan era dajjal yang mampu mengoyah iman jika aqidah sebenar jauh dari menyimpang daripada sumber asal iaitu AlQuran dan As Sunnah (al hadis).

Read More...

Wednesday, July 28, 2010

Bid'ah Hasanah istilah yang disalah fahami - Dr.MAZA

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).




Wallahualam.
AbuHusna, 2010
Read More...

Wednesday, June 9, 2010

How Big Our Universe!!!!

Marilah kita menyusuri bima sakti kita, dan menilai dimanakah kedudukan kita.Sungguh kecil kita insan bernama manusia, jauhilah kita dari sikap takabur, sombong , bongkak, riak dan sebagainya.Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jualah tempat yang pasti kita akan kembali. InshaAllah








Firman Allah dalam Suratul Rad:Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang. (15) Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.


Abu Husna
`Kangar, Perlis`
Read More...
Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails