Pages

Thursday, August 5, 2010

Perlunya ilmu dalam setiap keputusan.

Jauh perjalanan merentasi Laut China Selatan telah hampir ke kemuncaknya apabila kembara ilmu pada kali ini benar-benar terlalu puas rasa hati bukan hanya dapat menyampaikan ilmu, bahkan dapat berkongsi ilmu serta bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan lama yang sama-sama berjuang demi menghasilkan sebuah penyelidikan yang berkualiti. Bumi Sarawak pada kali ini dikunjungi pelbagai warga manusia dari seluruh pelusuk bumi antaranya Sudan, Pakistan, Bangladesh, Iraq, Russia, tidak ketinggalan Iran serta beberapa buah Negara dunia yang lain dalam World Engineering Congress 2010.

Penulis hanyalah seorang yang kerdil menjejakan kaki ke bumi Sarawak untuk kali yang pertama demi mencapai matlamat seorang penyelidik (Paper publications) serta ingin meluaskan pandangan serta ilmu yang Allah SWT kurniakan kepada setiap hamba-hambaNya. Selain kemanisan dalam “berconference” buat kali keduanya penulis dapat menaiki kapal terbang yang telah ditempah oleh pihak university, Alhamdulillah.




Sebenarnya apa yang bermain diminda penulis ialah bukan hanya ilmu penyelidikan fardhu kifayah ini bahkan sepatutnya kita sbg hambaNya mesti juga memikirkan kearah perkara yang membelenggu umat Islam pada hari ini. Tidak benar sama sekali jika kekhilafan menjadikan kita seluruh umat islam berpecah belah. Sebaliknya perpecahan ini berlaku jika hanya aqidah yang terpesong daripada pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah sebagaimana yang di firmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran serta wahyu yang diberikan oleh RasulNya Muhammad SAW iaitulah Al Hadis menjadi rujukan yang tertinggi . Tidak!, dengan mengatakan seseorang itu tidak berqunut subuh sebagai dia tidak betul dan sesat. Selain dengan menuduh orang yang berbeza pendapat dengan kita dengan gelaran wahabi, sebaliknya dengan perbezaan pendapat itu akan melahirkan kemanisan dalam berfikir serta mencetuskan intelektual dikalangan umat masyarakat Islam.

Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) juga:
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali Rasulullah SAW. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157).

Apakah mungkin benar jika penulis katakan bahawa dunia yang tanpa sempadan hari ini dengan maklumat yang berada dihujung jari, kita mampu beralih kearah dunia teknologi yang hebat seiring dengan pemikiran kita yang hebat bersamaan dengan menongkah arus teknologi perubahan. Sebaliknya agama perlu dan semestinya menjadikan Al-Quran serta Hadis setinggi rujukan bukan agama yang lahir dari pemikiran teknologi maju yang canggih ini.

Ini kita dapat lihat hasil dari suku sakat kaum yakjuj wa makjuj yang telah menembusi tembok halangan yang dibina oleh zulkarnian sebagaimana yang Allah SWT telah rekodkan dalam firmanNya didalam Al Quran didalam surah Al Kahfi ayat 96 (guna tafsir sendiri). Apabila suku sakat ini menggunakan akal mereka untuk menolak kepercayaan meraka bahawa kewujudan Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini. Nauzubillah..

Dengan kejayaan teknologi yang banyak dihasilkan oleh barat, maka menjadikan mereka ini sebagai makhluk atau umat manusia yang angkuh serta mendabik dada bahawa merekalah yang berkuasa di bumi ini dan bukan Tuhan, hingga mereka bertanya dengan sinis: Dimana Tuhan? Kerana sudah berjaya meneroka angkasa lepas mereka masih belum menemui Tuhan di sana.

Ada pernyataan yang tidak jelas dalam hadis2 berkaitan makhluk perosak ini, penulis dahulu kala dalam kitab-kitab mereka menyatakan berkaitan makhluk perosak ini dengan:

Ditengah keganasan yang sedang mereka lakukan itu, mereka akan menembak anak panah kelangit dengan tujuan membunuh Allah. Untuk mengelirukan mereka Allah pun menyuruh malaikat meyapukan darah dimata panah itu supaya mereka menyangka bahawa mereka mereka benar-benar telah berjaya membunuh Allah.

Pengertian kenyataan diatas mereka mengkufurkan Tuhan 100 peratus.dalam iktikad mereka. Contoh sikap ini telah meluas serta begitu ketara di Negara-negara komunis khususnya Russia, hingga ketika angkasawan pertama mereka berjaya ditembak ke angkasa lepas dan dia melaporkan kebumi bahawa disana pun dia tidak dapat menemui Tuhan. Lalu org-org Russia menampalkan poster yang ditampal di tembok Kremlin, melukis seorang buruh Russia menendang Tuhan hingga Tuhan tercampak ke luar dari angkasa. Malah seorang dari angkasawan mereka dalam satu forum mengenai atheisme (Klik Disini).bernama Gherman Titov, (Klik Disini) mencadangkan supaya diadakan eksperimen anti agama diangkasa lepas. Menurutnya, dengan kejayaan kita meneroka kosmos lebih jauh hingga ke pedalamannya, kita boleh membuktikan bahawa tidak ada tempat bagi Tuhan dilangit dan dibumi.


Sikap anti agama ini telah menular dikalangan orang-orang Eropah sehingga hidup dalam kebebasan dari “kongkongan”agama. Batas dan tatasusila agama telah ditolak sama sekali hinggakan perzinaan menjadi berleluasa serta fikiran mereka yg “maju” itu telah menganggap perkahwinan tidak perlu lagi.

Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang, membiarkan mereka berbuat demikian, kerosakkan demi kerosakkan, kemungkaran demi kemungkaran sepuas nafsu mereka. Dan apabila telah tiba dan Allah menghendakinya nescaya pasti dan pasti Allah SWT akan melakukan Sunnah-Nya dengan mengirim “ Kuman yang akan memakan daging di tubuh mereka” (p/s: InshaAllah, akan dijelaskan nanti)

Alhamdulillah, setiap apa yang berlaku itu pasti dalam pengetahuan Allah SWT serta kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa berfikir, bersatu serta berwaspada dari setiap perbuatan yang diada-adakan serta mengawasi diri dalalm setiap iktikad, perkuatkan diri kita dengan ilmu serta pemantapan aqidah yang bertunjangkan Al-quran dan Sunnah Nabi SAW.

Sebagai renungan Firman Allah SWT (Surah al-Baqarah ayat 114).
“Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar”.


Abu Husna
Kuching, Sarawak
05082010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails