Pages

Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Diskriminasi Islam di Amerika

WASHINGTON 30 Mac – Penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) berhadapan diskriminasi agama yang semakin meningkat di tempat kerja dan sekolah sejak 10 tahun selepas serangan 11 September 2011, demikian satu jawatankuasa Kongres dimaklumkan, semalam.


Bukti ketaksuban antiIslam itu disiarkan semasa inkuiri di jawatankuasa kecil Kehakiman Senat, sekali gus menyukarkan tugas pentadbiran Presiden Barack Obama untuk memelihara hubungan baik dengan masyarakat Islam AS dan menjamin bantuan kepada golongan itu daripada ancaman keganasan dalam negara.



Bagaimanapun, cabaran itu diburukkan lagi dengan ulasan oleh pegawai kerajaan dan individu berpengaruh yang mengapi-apikan lagi perbahasan awam dan mengancam untuk memudahkan lagi diskriminasi, menurut keterangan saksi.


“Kami akan terus mendapatkan dan menerima sokongan penduduk Islam AS yang sayangkan negara ini dan yang bekerja dengan kerajaan kami untuk melindunginya.


“Pada masa sama, ramai penduduk Islam AS yang mematuhi undang-undang berhadapan diskriminasi dan dakwaan yang menyatakan mereka bukan rakyat AS sebenar hanya kerana agama mereka,” kata Senator daripada Parti Demokrat, Dick Durbin yang mempengerusikan prosiding tersebut.


Anggota panel daripada Parti Republikan, Senator Lindsey Graham pula berkata, beliau menyokong hak penduduk Islam AS, tetapi meminta golongan itu lebih proaktif dalam melindungi AS daripada serangan.


“Mari sama-sama menyertai perjuangan ini. Anda perlu membantu negara, anda juga unik berbanding orang lain kerana anda lebih faham apa yang berlaku dan perlu berjuang,” katanya.


Seorang pembantu peguam negara untuk hak sivil, Thomas Perez memberitahu panel, sentimen antiIslam semakin meningkat sejak Mei tahun lalu dalam kes-kes diskriminasi persekutuan, melibatkan hak guna tanah dan beberapa pihak berkuasa tempatan juga dilapor menghalang pembinaan masjid di kawasan mereka.


Jelas beliau, kadar diskriminasi di tempat kerja juga meningkat 150 peratus, termasuk melibatkan etika pemakaian dan jadual solat, sementara golongan muda Islam pula selalu menjadi mangsa buli di sekolah-sekolah. – Reuters
Read More...

Thursday, December 23, 2010

Pemimpin Syiah Melayu Seru Hauzah Mereka Dibela

Berita penangkapan 200 penganut agama Syiah di Taman Sri Gombak baru-baru ini turut mendapat liputan negara luar termasuk media indonesia dan Iran sendiri. Apa yang menariknya sumber rasmi kerajaan Iran sendiri - Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) - datang melawat dan berjumpa dengan pemimpin utama Syiah melayu di Malaysia terkini yang bernama Syed Hasan al-Attas untuk membela suara-suara penganut agama ini supaya kedudukan mereka dibela oleh penganut agama itu di dalam dan di luar negara, khususnya Iran yang selama ini menaja jutaan ringgit menerusi kedutaannya untuk markas-markas syiah di Malaysia menurut maklumat penyelidikan JAKIM. Dalam wawancara dengan IRIB, pemimpin Syiah melayu itu secara jelas meyatakan penganut agama mereka merasa beruntung dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa Syiah 'tidak berbahaya' kepada keselamatan negara.


baca berita di bawah :


Hawzah Imam Ridha (a.s.) mesti dipertahankan

Aktivis Syiah Malaysia ustaz Sayed Hasan Alatas mengeluarkan pernyataan tegas tentang peristiwa penangkapan jemaah Syiah Imamiyah yang menghadiri majlis Azadari di Hawzah Imam Ridha (a.s.), Gombak, Selangor.


Hawzah Imam Ridha (a.s.) mesti dipertahankan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Aktivis Syiah Malaysia ustaz Sayed Hasan Alatas mengeluarkan pernyataan tegas tentang peristiwa penangkapan jemaah Syiah Imamiyah yang menghadiri majlis Azadari di Hawzah Imam Ridha (a.s.), Gombak, Selangor.



"Peristiwa penyerbuan Hawzah Imam Ridha adalah hal yang memprihatinkan. Hawzah Ar-Ridha mesti dipertahankan" kata Ustaz Sayed Hasan Alatas berkata kepada wartawan Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) pada malam Ahad (19/12) setelah mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh pengikut Ahlul Bait di Malaysia.

Ketika ditanya tentang pelanggaran undang-undang oleh Hawzah Ar-Ridha, Ustaz Hasan Alatas mengatakan, "Itu tidak benar, walaupun sebelumnya ada maklumat mengenai pelanggaran undang-undang, tapi itu tidak benar".

"Dalam peristiwa Hawzah Gombak ada hikmahnya. Apalagi kami baru mendengar pernyataan rasmi dari Menteri Dalam Negeri Malaysia yang menegaskan bahwa Mazhab Ahlul Bait as tidak berbahaya." Katanya lagi, "Jika tidak ada kes ini, pernyataan itu kemungkinan tidak keluar. Pernyataan rasmi itu sangat menguntungkan para pengikut Ahlul Bait a.s. di Malaysia".


http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=218016
Read More...

Syiah, Asyura dan Karbala

Syiah, Asyura dan Karbala
Oleh Mohd Aizam Mas'od

Kedatangan 10 Muharam sering ditunggu-tunggu oleh penganut Syiah. Mereka seringkali mengaitkannya dengan semangat Asyura dan Karbala. Sehinggakan sesetengah penganut Syiah mengambil kesempatan menjadikan 10 Muharam sebagai hari memerangi Zionis.

Apakah umat Islam perlu disyiahkan terlebih dahulu agar Zionis mampu ditumbangkan?

Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap.

Sesetengah penganut Syiah cuba beralasan dengan mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang juga tiada dalilnya menurut al-Quran dan al-sunnah.

Kiasan palsu yang direka-reka ini langsung tidak mengenai 'illah (alasan) antara dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah adalah sambutan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah al-Munawwarah.

Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. Justeru, apa pula 'illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan?

Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri!

Bidaah Asyura tajaan Syiah

Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharam sebagai hari memperingati peristiwa Karbala adalah amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang sahih: Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharam), maka beliau bertanya: "Hari apakah ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuhnya, maka Musa a.s berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya". Nabi SAW bersabda: "Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian", maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun apabila syahidnya Saidina Husin r.a di bumi Karbala pada 10 Muharam tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bidaah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan daripada kesedihan dan penyesalan.

Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria.

Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya. (Al-Tasyayyu' Wasy-Syi'ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi'iy, hal. 141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah?

Jawapannya mudah. Ini kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

Read More...

Monday, November 29, 2010

Sebarkan Ajaran Sesat Syi'ah, Mesir Tahan 18 Anak Muda

Pihak keamanan Mesir menangkap 18 orang anak muda Iraq dan 2 warga Suriah, serta tiga orang warga Mesir kerana mereka terlibat dalam penyebaran ajaran Syi'ah. Dan mereka akan segera dihantar ke luar negeri.

Informasi yang diterima dari pihak keamanan Mesir menyatakan bahawa ke-18 anak muda yang berasal dari Iraq, Suriah dan Mesir tersebut, sengaja datang ke Mesir untuk menyebarkan ideologi Syi'ah.

Kerajaan mesir juga menyatakan bahawa mereka telah menyewa salah satu apartemen dan di apartemen itu, salah seorang dari mereka akan duduk dekat dengan kolam renang dan memberikan penjelasan serta pengajaran ataupun doktrin Syi'ah dan menyebarkan publisiti tentang para imam Syi'ah di Iraq dan Iran.



Menurut informasi ke-18 orang ini dengan sengaja menghina imam dari kalangan Sunni dan para para sahabat nabi SAW dalam pelajaran mereka, melalui publikasi yang mereka sebarkan ke sejumlah wilayah dikawasan tersebut.

Sumber keamanan mengatakan kepada surat khabar 'The Gazette' bahawa apartmen yang digunakan mereka untuk menyebarkan Syi'ah, disewa oleh Samir Iyad al-Basri (35 tahun) yang mendapat suaka politik di Mesir sejak tahun 2003, dan Samir telah bertemu dengan para anak muda yang datang dari luar negeri untuk belajar di Institut tinggi swasta yang ada di kota.

Sumber itu mengatakan: "Samir selama tujuh tahun terakhir telah menyebarkan ideologi Syi'ah di kalangan anak muda yang datang dari luar negeri ke Mesir untuk belajar, dan bekerja dengan sangat hati-hati dalam seruannya ke ideologi Syi'ah agar tidak tidak melanggar hukum Mesir."

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/sebarkan-ajaran-sesat-syi-ah-mesir-tahan-18-anak-muda.htm
Read More...

Friday, November 5, 2010

Lelaki Iran telan syabu maut sembelit

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Tindakan seorang lelaki warga Iran, dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa, menelan ketulan syabu membawa padah apabila dia maut kerana sembelit.

Kejadian berlaku ketika suspek dan dua rakannya yang menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, Jumaat lalu, tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum meninggal dunia.


Dia yang berusia 34 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan pihak hospital menemui dua ketulan mencurigakan di dalam perutnya.

Hasil siasatan polis mendapati, ketulan seberat 19 gram itu adalah dadah jenis syabu yang ditelan mangsa bagi menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati mangsa mati kerana sembelit.

"Kematian lelaki terbabit bukan berpunca daripada dadah yang ditelan kerana ketulan tersebut tidak pecah ketika pemeriksaan.

"Berikutan itu, polis menahan dua rakannya yang berusia 34 dan 35 tahun kerana bersubahat mengedar dadah bersama mangsa," katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, polis percaya mangsa menelan lebih daripada dua ketulan dadah.

"Kita (polis) mengesyaki mangsa telah mengeluarkan sejumlah ketulan syabu yang lain sejurus tiba di negara ini dan ketika menginap di hotel tersebut.

"Sekarang kita sedang menyiasat kepada siapa dadah itu diedarkan termasuk penglibatan dua suspek berkenaan dengan sindiket pengedaran dadah lain," ujarnya.

ihsan utusan.com.my
Read More...

Tuesday, November 2, 2010

Ipar Tony Blair yang memeluk Islam bantah dirinya berfahaman Syiah


LONDON (voa-islam.com): Jurnalis Lauren Booth, saudara bukan kandung dari Cherie Blair, isteri mantan Perdana Menteri Inggeris Tony Blair, membantah kebenaran isu yang tersebar bahawa dia berfahaman Syiah ketika memeluk Islam.

Lauren yang bekerja di koran Inggeris 'Daily Mail' dan stesen television Inggeris 'Press TV' di London, melalui hubungan telefon dengan koran "Al-Quds Al-Arabi": "Saya telah memeluk Islam dan tidak pernah mengatakan saya mengikuti ajaran Syiah atau lainnya, saya tidak tahu kenapa terjadi penyelewengan berita yang jelas dinyatakan dalam berita dan tidak ada kesamarannya",beliau menambah:" Saya belum masuk Islam ketika di Iran, meskipun saya katakan dalam pernyataan, saya masuk Islam setelah kembali dari perjalanan ke Iran ".


Lauren Booth mencatat pernyataan tentang dirinya: " saya berenang di perairan Gaza, mengenakan (bikini) dan saya memalu rakyat Gaza adalah perkara yang kurang berperasaan dan bijaksana", selanjutnya dia menjelaskan: "Saya turun ke air dengan berpakaian lengkap dengan Dr Mona El-Farra dan kami pergi ke pantai pagi-pagi sebelum semua orang bangun, dan orang-orang Gaza menjadi saksinya, dan tidak ada yang keberatan dengan itu, saya seorang Muslim, dan seorang ibu, seperti yang saya pelajari dari ajaran Islam, bahwa bahkan jika benar, bahawa segera setelah seseorang memeluk Islam terhapus dosa-dosanya,

Jika Allah telah mengampuni kita, mengapa stesen television tersebut mempersoalkannya,. Apatah lagi hal yang sedemikian itu tidak pernah terjadi." (ar/islammemo).

AbuHusna
Read More...

Friday, October 29, 2010

Pakai Skirt, Dedah Tubuh Di Itali Boleh Didenda RM2,000

NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.

Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.


“Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri,” katanya, semalam.

Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan.

Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.

Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. – Agensi


Read More...

Wednesday, October 27, 2010

Tareq Aziz dijatuhi hukuman mati

BAGHDAD 26 Okt. – Mahkamah jenayah tertinggi Iraq hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tareq Aziz kerana peranannya dalam menghapuskan parti-parti Syiah berhaluan agama semasa pemerintahan Saddam Hussein.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman mati ke atas dua lagi orang kanan Saddam iaitu bekas Menteri Dalam Negeri, Saadoun Shaker dan bekas setiausaha Saddam, Abid Hamoud.

Aziz merupakan jurucakap semasa rejim Saddam.


“Mahkamah jenayah tertinggi mengeluarkan perintah hukuman mati ke atas Tareq Aziz kerana peranannya dalam menghapuskan parti-parti Syiah berhaluan agama,” lapor televisyen kerajaan.

Mereka bertiga dijatuhi hukuman mati kerana peranan masing-masing dalam tindakan keras ke atas anggota masyarakat Syiah berikutan pemberontakan yang dilancarkan oleh komuniti itu terhadap Saddam pada 1991.

Pada 2009, Aziz dikenakan hukuman penjara 15 tahun kerana melaksanakan hukuman mati ke atas 42 pemborong di Baghdad dan dalam kes berasingan, hukuman penjara tujuh tahun kerana peranannya mengusir penduduk Kurdis dari utara Iraq. – AFP




Read More...

Tuesday, October 19, 2010

3 Artis Indonesia didakwa murtad!!

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak. “Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.



Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.



Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.



Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya,Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

AbuHusna
Read More...

Saturday, August 21, 2010

Ajaran Syiah bawa ancaman besar

SEJAK kebelakangan ini pengaruh ajaran sesat Syiah Imamiyyah/Ja'fariyyah yang berpusat di Iran semakin berkembang di negara ini. Ajaran itu sudah di fatwa sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kerajaan sudah menahan beberapa tokoh mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan selepas dibebaskan tokoh berkenaan dipercayai terus aktif mengembangkan Syiah.
Syiah dibawa masuk ke negara ini menerusi agenda Revolusi Iran yang sedang pesat berkembang di seluruh dunia dengan helah menyatukan barisan umat Islam dan memusuhi Amerika dan Zionis. Selepas Khomeini berkuasa di Iran, pendokong ‘gerakan Islam’ sudah menghantar anak Melayu ke Iran bagi mempelajari agama Syiah dan meniru semangat mereka untuk menumbangkan Amerika.
Padahnya, anak Melayu inilah yang membelakangi tabir markas Syiah Melayu dengan bantuan daripada beberapa usahawan dari Iran.


Menurut penyelidikan markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas itu aqidah Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Hasilnya lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan alternatif, hinggalah golongan guru agama sekolah.

Kelompok Syiah ini sedang berusaha dengan gigih mendampingi tokoh berpengaruh tanah air bagi mendapatkan hak pengiktirafan status agama mereka dan mendapatkan kebenaran untuk merayakan upacara agama secara terbuka.
Sekiranya mereka diberi kebebasan itu maka akan bergema laungan cacian dan maki hamun kepada sahabat dan isteri Nabi di jalan raya seperti mana yang menjadi kebiasaan di Iran, Iraq, Pakistan dan Lubnan.

Paling menakutkan ialah upacara ‘Husayniyyat’, iaitu melibas pedang dan memukul dada pada tubuh sendiri akan berleluasa pada hari kebesaran Syiah. Maka di sinilah bermulanya peperangan sebenar Syiah-Sunnah yang penuh berdarah.

Kita mencadangkan pihak universiti memperhebatkan kajian dan seminar mengenai kesesatan ajaran Syiah dan jabatan agama perlu menjelaskan kepada masyarakat bahaya ajaran Syiah.

Pihak berkuasa pula perlu bertindak ke atas pergerakan itu seperti yang dilakukan terhadap ajaran sesat yang lain sebelum ini.

LUBNA SALMA,
Kajang, Selangor.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AjaranSyiahbawaancamanbesar/Article
Read More...
Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails