Pages

Showing posts with label Freemason. Show all posts
Showing posts with label Freemason. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Freemason & Ahmadinejad. "Seorang freemason".... sejauh mana tepatnya dakwaan ini pula?

Freemason sebuah kelab pertubuhan yahudi untuk menggapai agenda mereka menguasai dunia bagi agenda besar mereka New World Order. Freemason masuk ke sesebuah negara untuk menyahudikan pemikiran dan tindakan golongan intelek di sesebuah negara. Turut menjadi sasaran freemason ialah kelompok memegang autoriti dalam sesebuah negara. Kemungkinan Ahmadinejad sebagai ahli freemason adalah satu kenyataan yang boleh diterima dan ditolak dengan hujah masing-masing. Ada yang mengaitkan beliau dengan pertubuhan itu kerana simbol "peace" dilakukan oleh beliau yang telah dirakam oleh pihak tertentu. Di sana ada pelbagai alasan untuk diterima dan ditolak. Penulis Iran dan bekas editor akhbar Kayhan International bernama Behrouz Souresrafil dalam bukunya,Khomeini and Israel menyatakan orang yang mula-mula membawa pertubuhan Freemason ke Iran ialah tokoh reformis (islah) yang terkenal, Jamaluddin al-Afghani. Orang-orang Iran sering kali mendakwa beliau (al-Afghani) sebagai berfahaman Syiah. Asas dakwaan ini seharusnya menjadi tajuk perbahasan para pengkaji Timur Tengah bagi menyelongkar hubungan persemendaan pemikiran falsafah dengan Syiah, memandangkan Afghani menjadikan pemikiran sufism dan falsafah sebagai modal pan-Islamisme pada masa lalu.

Di kalangan pengkaji tentang Revolusi Iran yang dibawa Khomeni untuk menumbangkan Shah Iran, hubungan pegawai CIA bernama General Huyser dengan kelompok revolusi Khomeini (termasuk Ahmadinejad) untuk menumbangkan Shah Iran bukanlah satu perkara rahsia kerana Amerika dan Britain tidak lagi boleh bergantung kepada Shah Iran setelah dasar beliau memiliknegarakan minyak Iran di bawah presiden Mossadegh. Kerana itu, hubungan CIA di bawah pentadbiran Jimmy Carter dengan Khomeini di Paris mula dijalankan bagi menjalankan usaha menjatuhkan Shah Iran. Khomeini sendiri menghukum bunuh ramai kalangan tentera Shah Iran yang belot kepadanya sewaktu Revolusi apabila beliau menjadi penguasa Iran bagi menutup rahsia kerjasama ini. Langkah ini turut dipersoalkan oleh ulama terkenal Indonesia sewaktu itu, Hamka dan seorang penulis/wartawan Indonesia yang membuat liputan ketika itu di Iran, Nasir Tamaradalam bukunya Revolusi Iran. Nasir Tamara ialah seorang wartawan Indonesia yang turut berada dalam pesawat Air France bersama Khomeini ketika diterbangkan dari Paris ke Tehran sewaktu Shah Iran digulingkan.


Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa Amerika di bawah Jimmy Carter tidak pernah bertindak ke atas kerajaan Revolusi Iran, walaupun 52 diplomatnya telah ditawan oleh mahasiswa Iran sewaktu revolusi berlaku. Sebaliknya berlaku pula rundingan antara Presiden Bani Sadr (presiden pertama kepada kerajaan wilayah faqih diketuai oleh Khomeini) dengan Reagan - Bush Tua di Paris bagi membebaskan diplomat Amerika yang ditawan di Tehran. Rundingan ini dinamakan skandal Iran-Contra di mana Amerika bersetuju menjual senjatanya kepada Iran untuk berhadapan dengan Iraq dalam perang Iran-Iraq (1980-1988 ) menerusi Israel. Akhirnya berlaku "October Surprise", iaitu peristiwa pembebasan diplomat Amerika yang ditawan oleh para revolusioner Iran, secara mengejut pada hari penabalan Reagan sebagai Presiden Amerika. Skandal Iran-Contra ini menjadi bahan sindiran presiden Clinton kepada Bush Tua sewaktu beliau menaiki takhta presiden dan kes ini menjadi perbicaraan hangat dalam Kongres sehingga kini kerana ia melibatkan sebahagian besar tokoh dalam pemerintahan Bush Muda kemudiannya.

Adapun kerja-kerja Syiah dalam membunuh umat Islam sejak 656H ( peristiwa kejatuhan Baghdad dengan kerjasama Syiah-Mongol), termasuk yang terkini - kerjasama pemerintah Iran dengan Amerika di bawah Pemimpin Agong mereka, Khamenei dan dua presiden mereka (Mohamad Khatami & Ahmadinejad) dalam pembunuhan umat Islam dan penjajahan Afghanistan (perjanjian Bonn 2001) & serta penjajahan Iraq (London Conference 2002) lebih besar dari kerja-kerja freemason untuk menguasai sebuah negara. Hari ini di Afghanistan, penguasanya ialah boneka Amerika yang berfahaman sekular Afghanistan Hamid Karzai bersama kelompok Syiah etnik Hazara dan kumpulan Komunis pro Russia. Amerika bersama Russia lah yang menaikkan takhta mereka selepas perang Dingin serta setelah Taliban ditumbangkan.

Di Iraq pula penguasanya ialah Syiah berketurunan Yahudi Nuri al-Maliki bersama etnik Kurdis yang gerilanya dilatih oleh mossad Israel. Kedua-duanya menjadi buruh kasar (boneka) Amerika yang asalnya parti dan pasukan mereka dibentuk oleh Iran semasa mereka berada dalam buangan di Iran. Tentera-tentera Iraq hari ni sebahagian besarnya ialah pejuang-pejuang militia Syiah (termasuk tentera Mehdi pimpinan Muqtada Sadr) yang dilatih oleh Iran yang diserap masuk oleh Menteri Dalam Negeri Iraq yang berasal dari Iran bernama - Bayan Jabr. Pasukan itulah menjadi pelindung kerajaan boneka bagi memudahkan urusan penjajah Amerika dan pasukan bersekutu menguasai Iraq dan merompak (menswastakan) minyak Iraq yang telah dimiliknegarakan oleh pemerintah sebelumnya.

Apabila kita membaca mana-mana buku terkini mengenai pendedahan kerja-kerja Yahudi penyembah setan ini, maka kita semua akan menemui fakta bahawa “Penjajahan Iraq” (dan Afghanistan) adalah merupakan sebahagian dari agenda Projek Abad Baru Amerika (PNAC) yang dilaksanakan oleh Zionis neo-konservatif di sebalik pemerintahan White House yang melaksanakan New World Order. PNAC berasal dari kertas kerja kumpulan think tank "A Clean Break" yang dirangka untuk pemerintahan Ariel Sharon dan Benjamin Netanyahu bagi mengubah rantau timur tengah untuk menyelamatkan Israel dan membentuk empayar Israel Raya. Idea ini diasaskan oleh sekelompok intelek Yahudi yang dinamakan sebagai neo-konservatif dan Kristian Kanan.

Selepas perang Iraq berakhir maka terbongkarlah ucapan-ucapan intelek Yahudi (neo-konservatif Zionis) ini bahawa Iraq merupakanlangkah pertama kepada projek "Israel Raya" di Timur tengah, dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain pula selepas ini bakal menyusul. Mereka juga menyebutkan perang dengan Iran hanyalah sebuah retorik semata-mata bagi membentuk rantau Timur Tengah Baru yang bakal dimonopoli oleh Amerika bersama Iran. Selain Lubnan yang kuasa politiknya berada dalam genggaman Syiah Duruz bersama Syiah Imamiyyah (Hezbollah), mereka sedang merancang kejatuhan Bahrain yang kini parlimennya sedang dimonopoli oleh orang-orang Syiah dan bakal menyusul pula ialah Kuwait. Apabila anda memerhati peristiwa-peristiwa di atas, di manakah kedudukan Ahmadinejad ? Apakah fungsi dan penanannya sangat kecil menjadi ahli freemason, berbanding penanannya yang sedang dimainkannya dalam kerajaan dan agenda empayar Parsi disebalik permusuhan retorik Iran-Amerika yang selalu dijajanya?. Lihatlah kepada Iraq dan Afghanistan sebagai bukti yang jelas, bukan setakat mengandaikan betapa bahayanya jika beliau menjadi seorang ahli freemason.

Wallahu a'lam

Read More...

Wednesday, September 8, 2010

Yang tersirat disebalik Sinari Lebaran

Iklan Sinari Lebaran yang ditayangkan di TV3 mengundang pelbagai spekulasi dari banyak pihak. Berlatarbelakangkan hari raya Aidlifitri, namun terdapat beberapa unsur iluminati di situ.

Terlepas untuk menonton kerana TV3 telah menarik balik iklan tersebut,tonton disini




Marilah kita bersama merungkaikan apakah makna tersirat iklan tersebut, penulis lampirkan jawapan kepada makna tersirat yang mengundang spekulasi itu. Nilailah dengan secara ilmiah serta berlapang dadalah dalam setiap keputusan yang dibuat.



Sudah menjadi sinonim apabila tiba musim perayaan tidak kira apa juga perayaan pastinya stesyen rangkaian terrkemuka Malaysia, TV3 akan mempromosikan iklan raya yang acap kalinya mendapat sambutan hangat serta komen yang memberangsangkan oleh para penonton tidak kira umur, jantina, bangsa, muda, tua dan sebagainya. Namun bagi eidulfitri yang bakal menjelma nanti TV3 tampil dengan membawakan kelainan serta diluar jangkauan terma dan syarat pengiklanan serta syariat yang digariskan Islam. Kelainan apakah yang cuba ditampilkan oleh TV3 ini? Marilah sama-sama kita menelitinya setiap apa yang tersirat disebalik Sinari Lebaran 2010 ini. Wallahualam.

Gambar 1 - Budak lelaki Melayu sedang menyelak sebuah buku bergambar, di malam hari didalam sebuah pondok buruk yang hanya beratapkan rumbia selain bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka luas.




Maksud yang tersirat:
1.Budak lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku – Bible (atau lain2)
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
5. Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Gambar 2 - Sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).






Maksud yang tersirat:
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganisme


Gambar 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu kagum dan gembira. Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk, lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.




Maksud yang tersirat:
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Gambar 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (kemurtadan bertambah)

Maksud yang tersirat:
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Gambar 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

Maksud yang tersirat:
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysia’s Illumination Capital

Gambar 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

Maksud yang tersirat:
1.Tambahan Pasangan Melayu - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Gambar 7 - Beca berhenti dihadapan kondo. Kelihatan pasangan budak Melayu lagi yang memasuki beca

Maksud yang tersirat:
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah segalanya kebebasan, urban, serta “cool”.




Perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Masih kebetulan kah? Benarkah awan disetiap menara masjid seperti ini?





Mengapakah teratai yang dipilih didalam iklan Eidulfitri ini? Masih banyak lagi bunga yang boleh disiarkan untuk menggambarkan keceriaan. Ditengah taratai ini terdapat (pelita) seolah-olah menggambarkan agama Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.






Perhatikan, gambar ini kelihatan normal bagi sesiapa yang tidak menyedari, namun jika diteliti dengan lebih mendalam, kelihatan bintang berbucu 6 yang membawa maksud gerakan zionise.



Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" [Ch2:V120]

Adakah apa yang berlaku semuanya kebetulan?...fikirlah kita sbnrnya sedang berhadapan dengan kebangkita serta kedatangan era dajjal yang mampu mengoyah iman jika aqidah sebenar jauh dari menyimpang daripada sumber asal iaitu AlQuran dan As Sunnah (al hadis).

Read More...

Wednesday, June 23, 2010

Rahsia Solat.

Inilah dia rahsia solat sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan kepada yang baru tahu. Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah SWT mempunyai sesuatu yang tersembunyi (ghaib) supaya menjadikan kita beriman kepadaNya. Selain ianya menguji keimanan kita, pasti dan pasti setiap yang tersembunyi itu akan tersingkap kebenarannya jua.Tidak Allah SWT jadikan setiap sesuatu itu melainkan terdapat nikmat yang sangat besar didalamnya. Marilah kita dengan ilmu kita yang sangat cetek ini kita menyingkap dan mengkaji kelebihan solat yang telah diperintahkan oleh Allah SWT daripada perantaraan Nabi junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW ketika mana Nabi SAW di isra’ mikrajkan. Harus diingat solat kita hari ini adalah terus diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW tanpa perantaraan Jibril a.s. Betapa besarkah nikmat solat ini? ..jika difikir bagi yang berfikir. Mari kita sama-sama renungkan. InshaAllah





1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya m emeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat,

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul lhram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebaga pakaian yang indah- indah didalam kubur .

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam
kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panjii –panji Nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar

1O - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur .

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat "



Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi manfa'at kepada manusia lain. . .
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan iuga Hari Jumaat.Itulah sebab mengapa mereka mengadakan cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

AbuHusna
Kangar, Perlis Darul Sunnah

Read More...

Tuesday, June 22, 2010

Ajaran siapakah ini?

Ajaran manakah ini yang semakin menular dalam masyarakat ataupun dunia Islam kini.?...Nauzubillah hi min zalik.




Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu. (108)- Suratul Yunus (108)



Read More...

Disebalik penganjuran World Cup!!!!

World Cup2010!!! Sudah sinonim bagi yang meminati permainan bola sepak tidak kira usia samada yang tua, dewasa, remaja sehinggalah kepringkat anak-anak kecil yang menanti serta ternanti-nanti kehadiran acara terbesar dunia setiap 4 tahun sekali ini. Kita ibarat terpukau serta dibuai dengan sihir perlawanan bolasepak ini sehingga ada yang sanggup bangun seawal pagi hanya semata-mata untuk menyaksikan perlawanan Negara-negara yang diminatinya. Amatlah dukacitanya bagi kita sekiranya kita tidak pun mampu untuk mengambil wudhuk dan bersolat sunat tahajjud 2 rakaat kpd Allah. Kita leka dan kita terkinja-kinja menjerit pekik apabila jaringan yang dilakukan oleh pemain-pemain yang menjaringkan goal. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir!




Penulis ingin membawa pembaca sekalian menyingkap sejarah world cup ini yang pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928 di Amsterdam. Sebelumnya bola sepak hanya dipertandingkan di sukan olimpik. World Cup pertama berlangsung di Uruguay pada 13-30 Julai 1930. Presiden FIFA pada waktu itu, Jules Rimet, berharap pertandingan antara negara ini dapat mencipta perdamaian dunia. Kejohanan pertama itu disertai oleh 13 buah Negara yakni Amerika Syarikat, Perancis, Romania, Belgium, Yugoslavia, Argentina, Chile, Mexico, Brazil, Bolivia, Uruguay, Peru dan Paraguay yang kesemuanya adalah negara bukan Islam (non-muslim). Tuan rumah Uruguay telah berjaya menjadi juara setelah mengalahkan Argentina dengan 4-2 di perlawanan akhir yang melayakkan negara tersebut memperolehi trofi Jules Rimet Cup yang bertatahkan emas. Semasa Perang Dunia II, kejuaraan ini terhenti selama 12 tahun. Ia dimulai kembali pada tahun 1950 di Brazil. Pada tahun 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan untuk Brazil menyimpan piala Jules Rimet kerana berjaya menjadi negara pertama yang menjuarai kejohanan itu sebanyak 3 kali iaitu pada 1958, 1962 dan 1970. FIFA kemudian membuat trofi dunia yang baru dengan menggunakan emas 18 karat dengan ketinggian 36cm dan berat 4.97kg, yang menjadi rebutan hingga sekarang. Piala ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh negara pemenang. Untuk menghiburkan masyarakat dunia, replikanya telah dibuat dan diusung mengelilingi dunia setiap kali acara itu menjelang. Piala ini bak berhala yang didewakan oleh masyarakat dunia, khususnya pencinta bola sepak.




Agenda yang tersembunyi

World Cup ini juga mempunyai agenda bagi pihak-pihak yang menganjurkannya sebagai contoh kita renungkan mengapa Afrika Selatan telah di pilih sebagai sebuah Negara yang akan menganjurkan pertandingan terbesar dunia empat tahun sekali ini?...penulis dedahkan dengan erti kata yang sebenar ataupun berpaksikan faktanya iaitu jika dilihat dari segi infrastrukturnya, sebenarnya Afrika Selatan masih berada pada tahap infrastruktur kelas belakang. Negara itu termasuk negara penghutang yang terbesar didunia. Dalam menjayakan misi World Cup yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Oleh yang demikian, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para illumination ataupun kapitalis? Dunia hari ini sedar akan, Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis/illumination global berkulit putih kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang. Dalam waktu dua tahun, semua
stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau.FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan World Cup 2010 ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izinvFIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari World Cup 2010”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas World Cup namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta.Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA”(Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan World Cup 2010. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan World Cup Di samping mengurus pemasaran, kesemua Sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif World Cup.Ketua Eksekutif World Cup 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari World Cup 2010 ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta, di Malaysia pun, para penggiat judi, dan kerajaan judi Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan World Cup 2010 ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam World Cup2010 sebenarnya adalah para Kapitalis, Illumination, Penggiat Judi dan seangkatan dengan mereka!!!!!




Fakta tersembunyi di World Cup2010

World cup mampu untuk menarik setiap kita umat manusia leka akan setiap apa yang diperintahkan oleh agama, sehinggakan ada yang sanggup meng”agama’kan bola sepak. Inilah yang berlaku keatas beberapa Negara Eropah, kaum Nasrani enggan datang ke gereja. Mereka lebih rela pergi ke stadium menonton perlawanan secara live walaupun harus membayar mahal untuknya. Kita juga sering mendengar berapa ramai dari umat Islam yang ‘lebih redha’ menonton bola dan sanggup meninggalkan solat kerana tidak mahu terlepas perlawanannya. Para pemain bola sepak telah menjadi ‘Tuhan’ baru bagi sesetengah manusia. Ada penggila bola sampai ke tahap memuja bintang bola sepak mereka melebihi segala-galanya. Di Argentina sebagai contoh, pemuja Diego Maradona mendirikan Gereja Maradona Iglesia Maradoniana. Maradona telah dianggap sebagai ‘Tuhan’. Dan diberitakan bahawa pengikut ‘agama’ Maradona ini mencapai 15 ribu orang di seluruh dunia. Agama yang didirikan pada 30 Oktober 1998 bersamaan dengan hari lahirnya Maradona. Mereka ini memiliki kitab suci mereka sendiri iaitu buku biografi Maradona dan ‘10 Perintah Tuhan’ ala mereka sendiri. Salah satu perintah tersebut adalah kewajipan untuk mencantumkan nama Diego kepada anak-anak mereka. Iglesia Maradoniana mempunyai tarikh keramat mereka sendiri yang dimulai dari tahun 1960 iaitu tarikh lahirnya bintang bolasepak dunia tersebut. Bagi mereka, tahun 2010 adalah sama dengan tanggal 50 AD (After Diego). Nombor 10 milik Maradona, dianggap bukan sekadar angka semata-mata, tetapi Diego 10’s, jika diolah akan menjadi D10S (dios) yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Tuhan’.




Pelik tetapi benar

Perkara pelik tetapi inilah kebenarannya. Kebenaran yang berlaku keatas setiap Negara-negara Arab yang memilki setiap keseluruhan kekayaan muka bumi ini menjadi dungu dan berpaling drpd menjadi pembela umat islam sejagat. Ini dapat dilihat dengan kegilaan mereka-mereka yang menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis/illumination ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak Arab Saudi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun 1998.

Protokol Yahudi

Di sebalik World Cup 2010 yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”.

Justeru itu, berhati-hatilah wahai kaum saudara ku Muslimin agar kita semua jangan dilalaikan oleh sihir World Cup 2010 ini sehingga menjauhkan kita dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan. Bagi Barat, penyatuan umat Islam di bawah sistem pemerintahan yang satu yang berteraskan Al Quran dan bertunjangkan as Sunnah adalah suatu mimpi ngeri yang mereka berusaha menghalanginya. Mereka tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Berwaspadalah dan berusahalah ke arah menegakkan semula sumber-sumber AlQuran dan as Sunnah, Insya Allah, dengan tertegaknya institusi agung politik umat Islam ini, kita mampu menjadikan mimpi ngeri Barat sebagai sebuah kenyataan!

Sabda Rasulullah SAW, “Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri” [HR al- Hakim]. Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84].

P/s Penulis: Setiap yang baik itu, datangnya drpd Allah SWT dan yang buruk itu adalah kelemahan diri penulis sendiri. Wallahualam

Abu Husna
Bayan Lepas, Png
Read More...
Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails