Pages

Tuesday, June 22, 2010

Disebalik penganjuran World Cup!!!!

World Cup2010!!! Sudah sinonim bagi yang meminati permainan bola sepak tidak kira usia samada yang tua, dewasa, remaja sehinggalah kepringkat anak-anak kecil yang menanti serta ternanti-nanti kehadiran acara terbesar dunia setiap 4 tahun sekali ini. Kita ibarat terpukau serta dibuai dengan sihir perlawanan bolasepak ini sehingga ada yang sanggup bangun seawal pagi hanya semata-mata untuk menyaksikan perlawanan Negara-negara yang diminatinya. Amatlah dukacitanya bagi kita sekiranya kita tidak pun mampu untuk mengambil wudhuk dan bersolat sunat tahajjud 2 rakaat kpd Allah. Kita leka dan kita terkinja-kinja menjerit pekik apabila jaringan yang dilakukan oleh pemain-pemain yang menjaringkan goal. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir!




Penulis ingin membawa pembaca sekalian menyingkap sejarah world cup ini yang pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928 di Amsterdam. Sebelumnya bola sepak hanya dipertandingkan di sukan olimpik. World Cup pertama berlangsung di Uruguay pada 13-30 Julai 1930. Presiden FIFA pada waktu itu, Jules Rimet, berharap pertandingan antara negara ini dapat mencipta perdamaian dunia. Kejohanan pertama itu disertai oleh 13 buah Negara yakni Amerika Syarikat, Perancis, Romania, Belgium, Yugoslavia, Argentina, Chile, Mexico, Brazil, Bolivia, Uruguay, Peru dan Paraguay yang kesemuanya adalah negara bukan Islam (non-muslim). Tuan rumah Uruguay telah berjaya menjadi juara setelah mengalahkan Argentina dengan 4-2 di perlawanan akhir yang melayakkan negara tersebut memperolehi trofi Jules Rimet Cup yang bertatahkan emas. Semasa Perang Dunia II, kejuaraan ini terhenti selama 12 tahun. Ia dimulai kembali pada tahun 1950 di Brazil. Pada tahun 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan untuk Brazil menyimpan piala Jules Rimet kerana berjaya menjadi negara pertama yang menjuarai kejohanan itu sebanyak 3 kali iaitu pada 1958, 1962 dan 1970. FIFA kemudian membuat trofi dunia yang baru dengan menggunakan emas 18 karat dengan ketinggian 36cm dan berat 4.97kg, yang menjadi rebutan hingga sekarang. Piala ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh negara pemenang. Untuk menghiburkan masyarakat dunia, replikanya telah dibuat dan diusung mengelilingi dunia setiap kali acara itu menjelang. Piala ini bak berhala yang didewakan oleh masyarakat dunia, khususnya pencinta bola sepak.




Agenda yang tersembunyi

World Cup ini juga mempunyai agenda bagi pihak-pihak yang menganjurkannya sebagai contoh kita renungkan mengapa Afrika Selatan telah di pilih sebagai sebuah Negara yang akan menganjurkan pertandingan terbesar dunia empat tahun sekali ini?...penulis dedahkan dengan erti kata yang sebenar ataupun berpaksikan faktanya iaitu jika dilihat dari segi infrastrukturnya, sebenarnya Afrika Selatan masih berada pada tahap infrastruktur kelas belakang. Negara itu termasuk negara penghutang yang terbesar didunia. Dalam menjayakan misi World Cup yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Oleh yang demikian, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para illumination ataupun kapitalis? Dunia hari ini sedar akan, Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis/illumination global berkulit putih kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang. Dalam waktu dua tahun, semua
stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau.FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan World Cup 2010 ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izinvFIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari World Cup 2010”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas World Cup namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta.Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA”(Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan World Cup 2010. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan World Cup Di samping mengurus pemasaran, kesemua Sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif World Cup.Ketua Eksekutif World Cup 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari World Cup 2010 ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta, di Malaysia pun, para penggiat judi, dan kerajaan judi Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan World Cup 2010 ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam World Cup2010 sebenarnya adalah para Kapitalis, Illumination, Penggiat Judi dan seangkatan dengan mereka!!!!!




Fakta tersembunyi di World Cup2010

World cup mampu untuk menarik setiap kita umat manusia leka akan setiap apa yang diperintahkan oleh agama, sehinggakan ada yang sanggup meng”agama’kan bola sepak. Inilah yang berlaku keatas beberapa Negara Eropah, kaum Nasrani enggan datang ke gereja. Mereka lebih rela pergi ke stadium menonton perlawanan secara live walaupun harus membayar mahal untuknya. Kita juga sering mendengar berapa ramai dari umat Islam yang ‘lebih redha’ menonton bola dan sanggup meninggalkan solat kerana tidak mahu terlepas perlawanannya. Para pemain bola sepak telah menjadi ‘Tuhan’ baru bagi sesetengah manusia. Ada penggila bola sampai ke tahap memuja bintang bola sepak mereka melebihi segala-galanya. Di Argentina sebagai contoh, pemuja Diego Maradona mendirikan Gereja Maradona Iglesia Maradoniana. Maradona telah dianggap sebagai ‘Tuhan’. Dan diberitakan bahawa pengikut ‘agama’ Maradona ini mencapai 15 ribu orang di seluruh dunia. Agama yang didirikan pada 30 Oktober 1998 bersamaan dengan hari lahirnya Maradona. Mereka ini memiliki kitab suci mereka sendiri iaitu buku biografi Maradona dan ‘10 Perintah Tuhan’ ala mereka sendiri. Salah satu perintah tersebut adalah kewajipan untuk mencantumkan nama Diego kepada anak-anak mereka. Iglesia Maradoniana mempunyai tarikh keramat mereka sendiri yang dimulai dari tahun 1960 iaitu tarikh lahirnya bintang bolasepak dunia tersebut. Bagi mereka, tahun 2010 adalah sama dengan tanggal 50 AD (After Diego). Nombor 10 milik Maradona, dianggap bukan sekadar angka semata-mata, tetapi Diego 10’s, jika diolah akan menjadi D10S (dios) yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Tuhan’.




Pelik tetapi benar

Perkara pelik tetapi inilah kebenarannya. Kebenaran yang berlaku keatas setiap Negara-negara Arab yang memilki setiap keseluruhan kekayaan muka bumi ini menjadi dungu dan berpaling drpd menjadi pembela umat islam sejagat. Ini dapat dilihat dengan kegilaan mereka-mereka yang menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis/illumination ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak Arab Saudi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun 1998.

Protokol Yahudi

Di sebalik World Cup 2010 yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”.

Justeru itu, berhati-hatilah wahai kaum saudara ku Muslimin agar kita semua jangan dilalaikan oleh sihir World Cup 2010 ini sehingga menjauhkan kita dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan. Bagi Barat, penyatuan umat Islam di bawah sistem pemerintahan yang satu yang berteraskan Al Quran dan bertunjangkan as Sunnah adalah suatu mimpi ngeri yang mereka berusaha menghalanginya. Mereka tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Berwaspadalah dan berusahalah ke arah menegakkan semula sumber-sumber AlQuran dan as Sunnah, Insya Allah, dengan tertegaknya institusi agung politik umat Islam ini, kita mampu menjadikan mimpi ngeri Barat sebagai sebuah kenyataan!

Sabda Rasulullah SAW, “Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri” [HR al- Hakim]. Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84].

P/s Penulis: Setiap yang baik itu, datangnya drpd Allah SWT dan yang buruk itu adalah kelemahan diri penulis sendiri. Wallahualam

Abu Husna
Bayan Lepas, Png

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails