Pages

Tuesday, September 7, 2010

Agama dipolitikkan atau politikkah agama?

Mukaddimah (ramadhan)
Ditanya oleh Umar Al-Khattab kepada Ibnu Abas r.a pandangan beliau berkaitan malam lailatul qadar? Jawab oleh Ibnu Abas r.a, Allah SWT menjdkan bumi dan langit ini 7 lapisan, orang yang menunaikan haji bertawaf juga 7 pusingan, melontar di jamrah juga dengan 7 lontaran, Allah jdkan seminggu itu dengan 7 hari, nescaya berlakunya malam lailatul qadar itu adalah pd waktu ke 7 (ganjil) yg terakhir pd bulan ramadhan.
Apakah kelebihan yang terdapat pada malam lailatul qadar itu?, sebagai mengulangkaji serta hanya memperingati malam lailatul qadar itu adalah malam yang mana ibadat pd malam tersebut adalah terlebih baik pada beribadat seribu bulan kerana pada malam itu ialah malam turunnya Al Quran, malam perubahan dari yang gelap gelita kepada terang benderang serta diampunkan dosa hamba-hambaNya yang telah lalu ibarat bayi yang baru dilahirkan.
Firman Allah SWT dalam suratul Al Qadr [97:1-5]

Sesungguhnya telah Kami turunkan Quran pada malam qadar. Tahukah engkau apakah malam qadar itu?.Malam qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan ruh pada malam itu dengan izin Tuhan mereka unutk mengatur tiap-tiap urusan. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar.

Sekiranya diperhatikan ayat ke empat surah Al Qadr ini Allah menyatakan bahawa turunnya para malaikat serta ruh. Apakah ruh yang turun tersebut adalah ruh-ruh orang-orang yang telah dulu meninggalkan kita?datuk, nenek, sanak saudara dan sebagainya? Adakah meraka ini pulang untuk menemui sanak saudara yang masih hidup didunia. Rata-rata masyarakat melayu akan mengatakan sedemikian selain ada yang berpendapat ruh tersebut pulang menjengguk sanak saudara dirumah, balik makan nasi sebab tu ada yang pantang tinggalkan periuk nasi tanpa ada sebutir pun nasi kerana ruh ini akan pulang untuk memakan nasi tersebut.Nauzubillah

Pada ketika mana Nabi SAW hendak wafat, maka ditanya oleh Nabi SAW, adakah selepas ini Jibril a.s akan turun lagi kebumi ini? Jawab oleh Jibril a.s, Ya iaitu pada malam lailatul qadar. Nama lain bagi Jibril a.s ialah ar ruh. Dan ruh yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Jibril a.s. InshaAllah, dikesempatan ramadhan yang masih berbaki empat hari lagi, penulis berpesan pada diri sendiri serta saudara2ku diluar sana, marilah sama-sama kita mencari malam lailatul qadar itu InshaAllah jika telah ditetapkan Allah maka InshaAllah kita akan bertemu malam lailatu qadar itu. Rezeki itu adalah ketentuan Allah SWT. Wallahualam.

Politikkah agama?
Di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, sepatutnya kita sebagai hamba Allah yang diutuskan diatas muka bumi ini akan lebih peka serta meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah SWT dalam merebut Jannah yg disediakan oleh Allah SWT kelak. Namun apa yang berlaku hari ini jelas politik telah menjadikan agama itu sebagai satu pandangan yang sinis serta menampakkan bahawa agama Islam adalah suatu agama yang sangat kejam, zalim, serta tidak membuka ruang kepada Non-Muslim untuk memahami Islam dengan sebaiknya. Apa yang berlaku adalah perkara yang sangat ranting berkaitan isu Non-Muslim tidak boleh memasuki masjid. Telah dinyatakan oleh Allah SWT dlm Suratul At Taubah [9:28]

Hai orang2 yang beriman,sesungguhnya orang2 musyirik itu najis, sebab itu janganlah mereka menghampiri masjidilharam, sesudah tahun ini. Jika kamu takut jatuh miskin, nanti Allah akan mengayakan kamu dengan kurniaNya, jika Dia mengkehendaki.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dalam surah tersebut yang dinyatakan oleh Allah SWT tmpt yang dilarang oleh orang2 Non-Muslim dari memasuki masjid hanyalah MasjidilHaram,berbeza dengan tempat-tempat lain (masjid/surau) didunia ini. Adakah masjid/surau di M’sia ini lebih pahalanya dibandingkan dengan MasjidilHaram serta Masjidil Nabawiah serta Masjidil Aqsa?...walhal Nabi SAW suatu ketika pernah dikunjungi oleh kabilah-kabilah yahudi (kafir) memasuki Masjidil Nabawi serta melakukan amal ibadat agama mereka didalam Masjid Nabi, namun pendekatan yang dibuat oleh Nabi SAW adalah dengan cara yang amat toleransi serta begitu berhemah tinggi serta Nabi SAW tidak memarahi mereka demi untuk memberi kefahaman tentang Islam ini. Jadi, fikirlah jangan kerana politik kita yang sempit, agama dipolitikkan justeru menampakkan bahawa Islam agama yang sangat tidak bertoleransi serta sangat kebelakang disamping kita telah menjauhkan Non Muslim dari mendekati agama Allah SWT ini.

Selain isu tersebut, perkaitan permasalahan mendoakan orang bukan Islam samada boleh ataupun tidak. Isu ini kebanyakkan golongan agama telah dulupun menghuraikannya, namun apa yang menarik perhatian penulis ialah golongan-golongan yang cuba menyempitkan serta menampakkan agama islam ini tidak boleh mendokan Non-Muslim yang baik namun boleh mendokan Muslim (Islam) walaupun dia jahat?....Siapa harus jawab?
Sekiranya, seorang “saudara kite”memasuki Islam, adakah dia dilarang sama sekali untuk mendoakan mak, ayah, sanak saudara dia yang masih belum memeluk Islam? Islam tidaklah rigid dalam menyentuh soal sedemikian malahan Nabi SAW sendiri pernah mendoakan untuk Islam ini kuat dengan dua Umar, iaitu Umar Al Khattab dan Umar Ibnu Hashim (Abu Jahal), dengan hidayah Allah SWT, Umar Al Khattab telah menerima hidayah serta petunjukkan untuk memeluk Islam ini. Siapakah Umar Al Khattab? Inilah amirul mukminim yang telah membawa Islam kesyiarnya dengan menakluk 1/3 dunia. Diwaktu pembukaan kota Mekah, Umar Al Khattab telah berkata siapa2 yang menyakiti kafir zimni, maka dia juga telah menyakitiku.

Oleh yang demikian, ilmu yang menjadi tunjang kebenaran, harus didahului dari kesempitan politik yang hanya sementara didunia yang sementara bahkan dengan berpolitik yang sementara inilah menjadikan agama yang benar menjadi tidak benar, menjadi sempit lagi terhimpit dek kerana pemimpin-pemimpin yang tidak berilmu berfatwa membuta tuli.

Tinta,
Abu Husna,
-Love Png Forever-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails