Pages

Wednesday, November 17, 2010

Salam Eidul Adha


Salam,

Dikesempatan nyawa masih dikandung badan, MrCB a.k.a AbuHusna serta keluarga mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha kepada semua pelayar web ini, moga hari raya korban ini akan membawa lebih pengertian kpd kita semua maksud pengorbanan itu dalam mencari redha Ilahi sebagai mana yang telah termaktud didlm lipatan sejarah kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail a.s. Kisah yang demikian bukanlah suatu omongan kosong jika difikir sedalamnya ialah ketaatan seorg anak kepada ayahnya demi krn menyahut seruan Ilahi,begitulah kita bila mana ketakwaan serta ketaatan kpd Allah jika kita lupa nescaya kita tidak akan bertemu segala pintu keluar untuk setiap masalah yang sedang melanda umat islam kini.


Kembalilah kita kepada pengorbanan yang lalu demi mencapai status takwa supaya kita tidak mengikut setiap langkah2 syaitan kerana syaitan itulah musuh kita yang nyata. Akhir kata, moga Eidul Adha kali ini akan meningkatkan ketakwaan kita, menambah pengertian pengorbanan kita kepada Allah seterusnya pengabdian kita kpd Allah kerana status kita adalah hambaNya.Wallahualam.

Tinta,
MrCB a.k.a AbuHusna

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails