Pages

Tuesday, September 7, 2010

KESENGSARAAN TIDAK BERNOKTAH

Barat Laut Baghdad, disebuah perkampungan setinggan sementara, rumah yang hanya mempunyai dua bilik dihuni oleh sebahagian warga Iraq yang berfahaman sunnah diwilayah Chukook yang rata-ratanya dikuasai adalah puak syiah. Warga Iraq, terpaksa berpindah ke penempatan itu empat tahun lalu apabila keganasan antara puak majoriti Syiah dan Sunnah yang dulunya berkuasa di lraq meletus selepas penjajahan diketuai Amerika Syarikat pada 2003 yang turut menumbangkan Saddam Hussein. 0perasi Amerika hampir tamat tujuh setengah tahun selepas penjajahan berkenaan yang mengakibatkan ratusan warga lraq seperti Karem Hassan Abboud (nelayan) terpaksa melarikan diri dari kawasan kejirananya yang terdiri daripada penduduk ke dua-dua puak berkenaan.



Hassan berpendapat kemelut ahli politik yang bertelegah mengenai kedudukan dan tidak mengambil tahu soal makan dan minum serta tempat tinggal penduduk yang mengakibatkan beliau terpaksa tinggal dikawasan yang menjadi tempat limpahan bahan kumbuhan najis yang terlalu kotor. Kebanyakkan rakyat Iraq turut bimbang dgn pengunduran rakyat Amerika itu sepenuhnya pada tahun depan akan mengakibatkan serta mencetuskan pertumpahan darah antara puak. Mereka juga kecewa dengan pemimpin mereka yang terjebak dalam situasi politik yang buntu hampir enam bulan selepas pilihanraya tidak melahirkan mana-mana pemenang, juga tiada kerajaan baru yang ditubuhkan demi untuk warga Iraq.

Pesuruhjaya Tinggi pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), melaporkan peperangan Iraq mencetuskan krisis kemanusian paling buruk di timur tengah pada 1948 apabila separuh daripada penduduk Arab Palestin melarikan diri dari rumah mereka selepas pembentukkan Israel. Menurut UNHCR, 1.5 juta orang tidak mempunyai tempat tinggal di Iraq yang mana 500,000 orang menjadi setinggan dikem atau bangunan awam. Di Baghdad, kira-kira 200,000 orang tinggal di 120 kem. Terdapat juga ratusan ribu warga Iraq di luar Negara terutama Jordan dan Syiria. Mereka masih terlalu takut untuk pulang kerumah serta trauma akibat berhadapan dengan kesengsaraan perang. Ramai yang beranggapan bahawa mustahil unutk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa hidup dalam kemiskinan.

Pekerja bantuan berkata ramai wanita lraq terjebak dalam penyeludupan bagi tujuan seks di TimurTengah.Dikem Chukook pegawai tempatan Amer Kareem menganggarkan,3,150 keluarga tinggal di atas tanah yang dulunya dimiliki tentera. Tiada kemudahaan asas manakala lubang ditanah dijadikan tandas. Bekalan elektrik diperoleh daripada sebuah alat jana kuasa kecil. Pekerja bantuan juga bimbang apabila Amerika secara rasmi menamatkan misi ketenteraannya di lraq pada 31 Ogos krisis kemanusian di lraq akan dilupakan kerana perhatiaan akan beralih ke tempat lain pula. Wakil UNHCR di lraq Daniel Endres berkata penderma sudah pun mula menghentikan bantuan ke Iraq terutama dari Eropah. "Pembiayaan yang diperlukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini saja adalah kira-kira AS$264 juta (RM844.8 juta) dan kini kami mempunyai AS$120 juta (RM384 juta).Kami tidak mempunyai separuh pun daripada apa yang kami perlukan. Saya memang bimbang keadaan kami tahun depan”, katanya

Iraq mempunyai hasil simpanan minyak ketiga terbesar didunia dan menandatangani beberapa siri perjanjian dengan syarikat gergasi minyak unutk membangunkan industri minyak. Ia dilihat penting bagi membina semula Negara yang sangat kekurangan pelabur selepas berdekad terbabit dalam peperangan dan kekangan. Kebanyakkan warga Iraq yang tiada tempat tinggal tidak boleh pulang ke kawasan kejiranan lama mereka. Rumah yang ditinggalkan sudah tiada kabel elektrik dan perabot, gara-gara penyamun. Pintu rumah pula dipecahkan tentera Amerika akibat yang datang mencari senjata dan tingkap pula pecah akibat serangan bom.

Statik juga menunjukkan majoriti keadaan selepas konflik akan mencetuskan konflik semula dalam masa tujuh tahun. Biasanya ia disebabkan kurangnya perhatian atau tiada sokongan berterusan dalam beberapa tahun penting selepas konflik. Biarpun keganasan yang kian berkurangan berbanding kemuncak 2006 dan 2007, pengeboman dan pembunuhan masih berlaku setiap hari dan kebimbangan terus memuncak ketika kekosongan politik selepas pilihanraya dan pengunduran pihak Amerika pula menjadi eksploitasi puak bertelagah. Keselamatan yang agak rapuh juga menjadi cabaran terbesar yang dihadapi pertubuhan kemanusiaan yang terpaksa melewatkan penghantaran bekalan bantuan dan menghalang pekerja bantuan daripada menziarahi kem.


Tinta,
Abu Husna

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails