Pages

Friday, May 14, 2010

Kemanisan dlm perbezaan pendapat terhakis.

Slm,
Penulis ingin menyentuh sedikit berkaitan permasalahan perbezaan pendapat serta pelarangan oleh jabatan-jabatan agama yang menghalang sesetengah penceramah ataupun tokoh-tokoh agama utk menyampaikan ilmu yang mereka sedia utk sampaikan. Amat malanglah sekiranya keluasan idea, perkongsian ilmu serta perbezaan pendapat yang menjadi wacana kepada terlahirnya pemikir-pemikir hebat dihalang dan disekat serat diancam dengan pelbagai ancaman serta tuduh menuduh dgn menyatakan seseorang itu sesat lagi menyesatkan. Penulis tertarik dengan seorang ustaz yang menyatakan bahawa “sekiranya kita menghalang penulisan orang lain maka suatu hari nanti bagaimana sekiranya penulisan kita pula dihalang serta dianggap sebagai satu pembohongan serta dianggap sebagai sesat.” ustaz Salman Ali


Antara lain penulis ingin menyebut disini, khususnya di Pulau Pinang ini sendiri telah menjadi perselisihan pendapat yang meruncing dikalangan golongan agama itu sendiri dengan menyatakan bahawa golongan ini sesat, wahabi dan sebagainya. Yang lebih menyedihkan golongan –golongan ini tidak mampu untuk berlapang dada serta berbincang dengan kadar ilmiah yang ada supaya setiap permasalahan samada kecil ataupun besar, soal furuq dan sebagainya dapat diselesaikan dengan kadar yang aman serta tidak perlu dipertikaikan jika satu pihak ingin beramla dengan cara serta nas atau dalilnya tersendiri begitu juga sebaliknya.

Firman Allah SWT dlm suratul An Nisa:59
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Penulis amat tertarik dengan satu bukti yang mana sewaktu penulis menghadiri satu sesi kuliah di Masjid Rajabee, penulis terjumpa satu bukti yang menunjukkan dalil serta nas dan juga tajuk2 perbincangan yang selama ini sering dirungkaikan oleh sesetengah pihak berkaitan taqarrub amalan berzikir beramai-ramai secara jar setelah selesai solat, Kenduri arwah, asma wasifat dan juga bidah hasanah. Sebenarnya bukti yang dinyatakan oleh penulis adalah dalil yang diambil drpd mazhab As syafie yang kita menyatakan kita sering berpegang dengannya.



Antara lain sejarah telah menunjukkan bahawa dengan perkembangan ilmu umat Islam berbeza pendapat dan kritikan ilmiah tidak pernah dianggap sebagai dosa dan jenayah melainkan mereka yang fanatik. Contoh al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) yang merupakan jaguh ilmu hadis yang agung dalam Islam ketika mengulas tentang al-Imam al-Ghazali r.h, beliau menyebut:

“Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”.

Kemudian al-Zahabi mengulas berbagai perkara mengenai al-Imam al-Ghazali, antara katanya:

“Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan. Sabda Nabi s.a.w: sesiapa yang berpaling dari sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku”. (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 19/339).

Akhirnya, jangan kerana kita begitu taksub serta hanya mahu perkataan serta perbuatan kita sahaja yang betul serta pendapat orang lain hanya ibarat mencurah air ke daun keladi maka kita menganggap apabila ada orang berbeza dengan kita, dia dianggap musuh. Marilah kita belajar memahami serta menilai pandangan dan juga menghormati perbezaan. Sebagaima yang dinukilkan oleh al-Imam al-Zahabi juga:


“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157).

Abu Husna
30-04-2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails