Pages

Tuesday, November 2, 2010

Syi’ah: Orang Yang Mula-Mula Berbai’ah Kepada Abu Bakar Ialah Iblis






Terjemahan:
Daripada Salim bin Qais al-Hilali katanya: saya mendengar Salman al-Farisi r.a. berkata: “Bila Rasulullah SAW wafat dan orang ramai melakukan sebagaimana yang mereka telah lakukan, Abu Bakar, Umar dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah telah berbahas dengan golongan Ansar lalu mereka mengemukakan hujah untuk mengalahkan Ansar dengan hujah ‘Ali r.a. Mereka (tiga sahabat) pun berkata: “Wahai orang-orang Ansar! Quraisy lebih berhak terhadap urusan ini daripada kamu kerana Rasulullah s.a.w.a. adalah daripada Quraisy dan Muhajirin juga termasuk dari Quraisy. Sesungguhnya Allah SWT menyebut mereka dahulu di dalam kitab-Nya[1] dan melebihkan mereka.

Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah bersabda (yang bermaksud): “Pemimpin-pemimpin itu hendaklah daripada Quraisy”. Salman r.a. berkata: “Saya pun datang kepada Ali a.s. ketika beliau sedang memandikan Rasulullah SAW. Saya pun menceritakan kepadanya apa yang dilakukan oleh orang ramai. Saya berkata kepadanya: “Sesungguhnya Abu Bakar pada ketika ini sedang berada di atas minbar Rasulullah SAW. Demi Allah! Beliau tidak suka mereka berbaiah dengannya dengan satu tangan sahaja sebaliknya mereka berbai’ah dengannya dengan dua tangan sekaligus iaitu kanan dan kiri”. Ali pun berkata kepadaku: “Wahai Salman! Adakah engkau mengenali orang yang mula-mula berbai’ah kepadanya di atas minbar Rasulullah SAW? Saya menjawab: “Saya tidak mengenalinya cuma saya melihat dalam bayangan.

Bani Sa’idah ketika Ansar melakukan bantahan orang yang mula-mula berbai’ah kepadanya ialah Basyir bin Sa’ad dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah. Kemudian Umar, kemudian Salim”. Dia (Ali) berkata: “Aku tidak bertanyamu tentang ini tetapi adakah engkau kenal orang yang mula-mula membai’ahnya ketika ia naik ke atas mimbar Rasulullah SAW.? Saya menjawab: “Tidak, tetapi saya melihat seorang tua yang bertongkat. Antara dua matanya terdapat kesan sujud. Dia yang mula-mula menaiki mimbar dengan tergesa-gesa sambil menangis dan berkata: segala puji bagi Allah yang tidak mematikan aku dari dunia sehingga aku dapat melihatmu berada di tempat ini.

Hulurkan tanganmu”. Maka Abu Bakar pun menghulurkan tangannya lalu dia pun berbai’ah dengannya. Kemudian dia turun dari mimbar lalu keluar dari masjid. Ali r.a. pun bertanya: “Adakah engkau mengenali siapakah dia? Saya menjawab: “Tidak”. Ali r.a. pun menjawab: “Itulah Iblis la’natullah”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 343,344)


Kesimpulan:

  • Syi’ah mengatakan orang yang mula-mula berbai’ah kepada khalifah pertama umat Islam iaitu Abu Bakar r.a. ialah Iblis la’natullah.
  • Syi’ah telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dengan mengatakan bahawa mereka mengikut jejak langkah iblis dengan berbai’ah dengan Abu Bakar r.a.


[1] Mungkin yang dimaksudkan dengan menyebutkan Muhajirin kemudian Ansar di dalam al-Quran ialah ayat 100 surah at-Taubah yang bermaksud Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. Ayat ini sebenarnya menunjukkan kebenaran sahabat-sahabat Nabi SAW dan mereka adalah golongan yang diredhai oleh Allah.

AbuHusna

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails