Pages

Thursday, June 17, 2010

Rentetan sejarah 1800 SM dahulu, lembah terendah dimuka bumi Allah diterokai.

Peristiwa yang pastinya meninggalkan kesan sejarah keatas umat manusia seakan masih segar lagi diminda setiap umat manusia. Peristiwa sejarah yang berlaku kira-kira 1800 tahun sebelum masihi di kawasan sempadan Palestin, Jordan dan juga Israel iaitulah laut Mati. Antara yang sinonim dengan laut mati ialah bagaimana Allah SWT telah menghancurkan kaum Nabi Allah Luth a.s kerana perlakuan sumbang yang melanggar batas syariat Allah SWT iaitulah perbuatan sodomi ataupun perlakuan hubungan sesama jenis. Allah SWT telah menceritakan dengan jelas berkaitan peristiwa ini didalam suratul Hud ayat 74-79.






Justeru , Allah SWT telah menurunkan bencana yang hebat lagi amat dahsyat sehinggalah membinasakan seluruh kaum Nabi Luth a.s seperti yang telah diterangkan didalam AlQuran. Kemusnahan tersebut telah mengakibatkan stryktur geografi dikawsan tersebut turut berubah. Laut mati yang menjadi kawasan tanah rata telah bertukar menjadi kawasan kawah yang dalam serta tasik yang luas terbentang serta laut mati diiktirafkan sebagai kawasan terendah dimuka bumi.



Pesisir pantai laut mati pula adalah daratan terendah iaiitu pada kedudukan 394.6 meter bibawah paras laut. Ia terbentuk spt kawah daratan, luas, lebar dan berkedudkan rendah dari permukaan laut. Laut mati hanyalah nama yang diberikan sedangkan laut mati adalah tasik air masin yang berukuran 67km panjang dan 18km lebar. Disebalik kesan peristiwa yang berlaku sekitar 1800 tahun yang lalu, Al Quran juga menyentuh tentang struktur geografinya. Kedudkan tanah rendah pesisir pantai laut Mati ini diterangkan didalam suratul rum pada ayat 1-4



Firman Allah SWT yang bermaksud: Alif lam Min. Telah dikalahkan bangsa rom, ditanah yg paling rendah (adna) dipermukaan bumi (al-ard) dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun. Bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah” . Didalam ayat ketiga surah Ar Rum itu dimaklumkan bahawa bahawa kerajaan ROM telah ditumpaskan ditanah paling rendah dipermukaan bumi. Perkataan ‘adna” diertikan sbg “hampir” dlm kebanyakkan tafsir. Namu, Ianya lebih berbentuk tafsiran secara kiasan metaforik.

Perkataan ‘adna’ dlm bahasa Arab berasal dari perkataan ‘daniy’ yg bermaksud rendah. Justeru, tafsiran ayat utk perkataan ‘adna al-ard’ member erti kawasan yang paling rendah. Apa yg menarik, saat penting peperangan yang terjadi antara empayar Byzantin dan Persia benar-benar terjadi dititk yg plg rendah dimuka bumi ini. Kawasan ini lah dikenali dengan kawasan laut mati yg terletak dititk persilangan antara tanah syiria, palestin dan Jordan. Kekakalahn tersebut telah menyebabkan Byzantin kehilangan wilayah Jerusalem.



Seperkara yang menarik berkaitan ayat ini ialah ramalan tentang kemenangan Byzantin keatas tentera Persia. Empaya Byzanti ini dipimpin oleh seorang pemimpin maharaja Heraklius ketika itu yang dijangka akan runtuh. Kesemua gabenor-gabenor Negara menentang Heraklius dan wilayah Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, mesir dan Armenia yang sebelum itu berada dibawah jajahan Byzantin telah dicerobohi oleh tentera Persia. Jika difikir dari segi logiknya empayar Byzantin akan musnah namun setelah tujuh tahun ayat pertama surah Ar Rum ini diturunkan, berlaku peperangan sengit antara Byzantin dan Persia di Nivaneh. Dengan tidak disangka-sangka Byzantin akhirnya berjaya menewaskan tentera Persia. Kemenangan tersebut adalah benar seperti yang telah diperjelaskan didalam Al-Quran.

Inilah antara mukjizat dan kehebatan Al Quran yang bukan sahaja dapat dibuktikan melalui sains, malah mengetahui perkara-perkara yang bakal berlaku dimasa hadapan. Pada ketika ayat ini diturunkan tiada siapa yang dapat menjangka dan mampu meramal kemenangan empayar Byzantin serta mengetahui altitude sebenar laut mati. Apa yang harus kita sebagai umat Islam ialah sepatutnya beramal dan memahami setiap ayat yang diturunkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran. Seperkara yang harus diyakini ialah Al-Quran adalah kalam Allah dan hanya Allah SWT sahajalah yang mampu mentadbir, mengetahui dan hanya Dialah sahaja yang berjak keatas apa yang ada diatas muka bumi ini. InshaAllah.

Rujukan: Prof. Madya Dr. Arip Kasmo , pensyarah Pusat Pengajian Umum UKM
Infiniti edisi ke-13

Abu Husna
-Bayan Lepas,Png-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails