Pages

Wednesday, November 10, 2010

Wudhuk!!! Kehebatan yang tersirat terungkai dari teropong sains.

Kita sering kali terdengar tidak ada solat tanpa wudhuk dan kenyataan ini amat jelas bahawa sahnya sesuatu solat adalah kerana wudhuknya yang menurut rukun wudhuk, sempurna serta mengikut sebagaimana cara yang telah diajar oleh baginda Nabi SAW. Ada juga yang berwudhuk hanya sekadar menurut rukun wajib dan ada juga yang menambah anggota wudhuk seperti yang melebihkan membasuh tangan hingga keparas lengan serta membasuh kaki hingga diantara kawasan lutut dan buku lali. Didlm riwayat muslim ada dinyatakan Nabi SAW bersabda sesiapa yang mampu diantara kamu maka hendaklah memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya.

Apakah ghurrah dan tahjeelnya itu? Ghurrah membasuh muka melebihi kwsan muka yang spt biasanya dan tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kwsan siku dan memasuh kaki melebihi kwsan buku lali dan lutut iaitu antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut didalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan etc.al (Pustaka Bina Ilmu, Surabaya). Apakah hikmahnya kita berwudhuk dengan rukun wajib, melebihkan juga kawasan-kawasan yang dinyatakan tadi? Ini adalah kerana wudhuk mempunyai rahsia kesihatan yang sangat hebat dan diluar jangkauan pengetahuan manusia dahulunya, namun dengan ilmu yang telah berkembang sedikit yang dikurniakan Allah maka rahsia wudhuk telah terjawab. Mari kita lihat satu persatu kehebatan wudhuk dan seterusnya kita semua dapat beramal.InshaAllah.

baca baki penulisan di sini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails