Pages

Friday, October 8, 2010

Semasa..

Dunia globalisasi, dunia canggih segalanya dihujung jari, segalanya telah berubah menjadikan manusia lebih hebat, berwawasan serta mampu mengubah dunia. Namun adakalanya dlm dunia yang sangat canggih ni kita sebagai manusia lupa batasan serta pergaulan kita samada bersama keluarga, org2 ilmuan, serta sahabat2 handai. Adakalanya juga pergaulan itu mengundang sesuatu yang diluar jangkaan, kebaikan yang diharapkan bertukar menjadi pergaulan yang sangat jahat, fitnah, caci mencaci serta bertukar kepada pergaduhan antara sesama muslim selain percakapan yang sangat lagha antara sesama kita.

Firman Allah:Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Juga mereka yang khusyuk dalam solatnya. Juga mereka yang menjauhkan diri dari yang lagha” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3). Kata al-Imam al-Sa’di dalam tafsirnya: “Lagha itu perkataan yang tiada kebaikan dan tiada faedah”.


Saya sangat teruja dengan perubahan dunia kini, yang mana anak-anak yang masih dibawah umur juga sudah mampu bergaduh sesama sendiri, adakalanya perkataan yang tidak sedap(mencarut) didengar oleh telinga berdesup terus kelubuk hati yang terkejut. Perkataan tersebut menggambarkan sesuatu yang tidak manis dan menampakkan kelemahan hubungan serta suasana didalam keluarga atau warga rumah anak2 tersebut. Alangkah mudahnya pengaruh luar memasuki kedlm kehidupan kita yang menjadikan anak2, serta diri kita sendiri mangsa kepada globalisasi ini.

walaupun keadaannya yg sedemikian,jutaan manusia menghuni bumi, alhamdulillah saya terjumpa 3 sahabat yang saya amat kenali dan sangat teruja kerana mereka2 ini tidak tahu dan saya tidak pernah mendengar perkataan mencarut yang keluar dari mulut mereka. Subhanallah, adakah ini kebetulan??...atau hanya kebetulan yang dirancang, kebetulan yang mana mereka tidak hiraukan globalisasi yang mengubah etika berpakaian, makanan, sosial serta tatasusila sesama insan….

Antara lain peringatan Allah juga dalam suratul hujrat:11
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim

Tinta,
Abu Husna
P/s:khas utk sahabat yg dirahsiakan namanya demi mengelakkan riak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails