Pages

Friday, October 8, 2010

Itik pulang petang

Kelibat manusia yang sering diwaktu paginya keluar mencari rezeki dengan niat kerana Allah InshaAllah akan beroleh kebaikan dan ganjaran pahala kerana dengan niat yang baik setiap perbuatan itu menjadi ibadah serta mendapat keredhaan Allah.

Firman Allah dlm suratul Al zalzala: 7~8
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)(7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)(8)


Penulis teringat akan kisah sewaktu saya menjadi seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di M’sia iaitu Motorola, Png. Saya bertugas di bahagian Energy System Design (ESG). Kami buat design litar keselamatan ataupun Safety Circuit untuk bateri Walkie Talkie. Kerja ok dan memang best, tapi orang kita selalu cakap xdak life. Saya pergi pagi dan akan blk petang kalau ada conference dengan reviewer team dr USA(Lawrenceville). for sure saya balik lewat tengah malam. Malaysia pukul 8pm sana dlm 8am la...so discussion akan memakan masa selama 2,3 jam. Ada sekali tu sampai dh xdan nk solat maghrib sebab meeting start awal dlm kul 7pm....rasa sgt2 la berdosa....astaqfirullah.

Dari jam kejam, minit ke minit, hari kehari, bulan ke bulan...cukupla 2 tahun di motorola (2007~2009). Tekad betul-betul dlm hati memang nk kuar sebab xminat keja sbg jurutera ni, tetapi keja disitu memang best dan sesuai bagi yang betul-betul minat serta mampu menggalas tanggungjawab serta mampu menghadapi cabaran di industri. Bagi graduan-graduan yang lepasan ijazah sarjana muda, motorola adalah salah satu platform yang baik untuk memulakan kerjaya anda walaupun adakalanya kita akan menjadi spt itik yang pulang petang.

Kisah ini hanyalah berkisah tentang diri saya sahaja dan tidak ada kaitan dengan mana individu atau sesiapa sahaja samada yang masih hidup, meninggal dunia, yang bekerja diindustri ataupun sebaliknya. Sekadar penulisan yang mampu dikongsi bersama.


Tinta,
Abu Husna
~When the technology is the second nature~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails