Pages

Tuesday, June 22, 2010

“SOLSTIS MUSIM PANAS”

Ada yangmenggambarkan bahawa pada 21 June 2010 in bakal terjadinya sesuatu peristiwa yang dikatakan oleh barat sebagai

21st June - the Whole World is waiting for.............
Star Aderoid will be the brightest in the sky, starting 10 June. It will look as large as the sun from naked eye. This will culminate on 21stjune when the star comes within 34.65M miles of the earth. Be sure to watch the sky on june. 21 at 12:30 pm. It will look like the earth has 2 suns.!!The next time Aderoid may come this close is in 2287
Juga yang dikatakan apa yang bakal berlaku itu dinamakan sebagai “SOLSTIS MUSIM PANAS”.





Solstis berlaku dua kali setahun apabila paksi putaran bumi mengalami kecondongan yang paling besar kearah matahari atau sebaliknya. Ini menyebabkan matahari berada jauh ke utara atau selatan pada waktu tengahari.



Nama Solstis diperoleh daripada perkataan latin iaitu sol (matahari) dan sister (untuk berdiri tegak), kerana matahari berada tegak pada lencongan latitude (deklinasi) semasa solstis berlaku, maksudnya pergerakkan utara atau selatan matahari amat kecil. Dalam konteks yang lebih luas, istilah solstis digunakan bagi menandakan musim panas atau musim sejuk.



Pada hari “Solstis Musim Panas” matahari berada paling jauh ke utara dari khatulistiwa dan paling dekat dengan garisan lintang utara iaitu pada 23.5 darjah dan waktu siangnya menjadi paling panjang dalam sepanjang tahun.

Walaubagaimanapun, selepas hari “Solstis Musim panas” berlalu, tempat yang paling dekat dengan matahari akan beransur-ansur beralih ke selatan dan menyebabkan waktu siang di hemisfera utara juga beransur-ansur menjadi pendek.

Selain sebagai tanda kepanjangan maksimum waktu siang hari “Solstis Musim Panas” juga dianggap sebagai permulaan kemuncak musim panas. Namun begitu, ketibaan hari “Solstis Musim Panas” masih belum dikira sebagai yang paling panas. Setelah hari itu, suhu udara akan terus melonjak, biasanya lagi dua hingga tiga puluh hari, cuaca paling panas akan muncul.


p/s Penulis: Alhamdulillah, biarpun apa yang kita kaji sesungguhnya ilmu kita hanyalah terlalu sedikit ibarat setitis air yang menitis dari hujung jarum (ilmu kita) yang telah dicelup ke dalam lautan yang luas (ilmu Allah). Hari ini Allah SWT telah memperlihatkan kebesaranNya dengan menurunkan hujan tanpa henti disesetengah kawasan di bumi Allah bagi menemplak sesetengah pendapat dengan apa yang diperkatakan diatas. Firman Allah SWT dlm suratul Ali Imran :58 (guna tafsir sendiri) amatlah sesuai dengan apa yang ditawakulkan oleh manusia. Ini menunjukkan kita adalah selemah-lemah makhluk ciptaanNya.

Rujukan: Jabatan Mufti p.Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir P.Pinang

Abu Husna
-Penang-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails