Pages

Wednesday, June 9, 2010

Bagaimana asal laut terbentuk

Antara tanda kebesaran Allah adalah dengan menciptakan keseluruhan alam serta isi kandungannya. Antara lain cakerawala alam seperti bumi, bintang, planet-planet, kaiser dan sebagainya. Penulis ingin membawa satu fenomena alam yang hebat hasil ciptaan Allah SWT iaitu kewujudan laut. Laut adalah salah satu kuasa Allah yang Maha hebat yang meliputi setiap pelusuk benua di muka bumi ini. Hari ini, saintis banyak membuat kajian berkaitan bagaimanakah mula-mula terhasilnya laut. Antara hipotesis yang sering kedengaran ialah laut terhasil daripada tarikan graviti bumi yang kuat sehingga menyebabkan asteroid ataupun meteor-meteor menghentam bumi bertalu-talu dan kesan ini juga mengakibatkan kemusnahan kehidupan dinasour pada 230 juta tahun yang lalu. Kesan daripada kejadian ini maka terhasilnya kawah yang besar seterusnya terhasillah lautan. Walaupun demikian, teori ini terdapat pelbagai kelemahan iaitu jika difikir dari segi logiknya adakah semua laut yang luas yang terbentuk hari ini adalah berbentuk seperti kawah yang membulat hasil hentaman meteor tersebut?. Inilah yang perlu untuk kita fikirkan. InshaAllah



Antara teori lain yang dihasilkan oleh saintis adalah berkaitan teori tektonik plat yang sentiasa bergerak sehinggakan rekod geologi mengatakan tektonik ini bergerak lebih kurang 2.5 sentimeter setahun. Jutaan tahun kemudian, benua-benua berubah dan terpisah jauh. Tektonik ini sentiasa bergerak tidak pernah berhenti sehinggalah ke hari ini. Bagaimanapun pergerakkan tektonik ini tidak diketahui sebabnya dan tidak ada sebarang penjelasan mengenainya bahkan itulah penyebab kuat kewujudan air dimuka bumi ini. Darimana punca air telah menjadi perbincangan serta menjadi kajian setiap para penyelidik dunia hari ini.




Salah satu sumber ataupun yang menjadi hujah kuat para saintis menjawab persoalan asal usul air adalah volcano. Letusan gunung berapi dikatakan telah menyebabkan bumi menjadi sangat panas yang mana mencecah ribuan celcius. Debu-debu volcano tadi telah menutupi atmosfera mengakibatkan cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi. Apabila aktiviti volcano ini telah terhenti maka bahang dan haba tadi mengalami proses penyejukkan. Cecair ini tadi terkondensasi serta menyebabkan awan terbentuk seterusnya menurunkan hujan. Hujan yang turun tidak pernah berhenti selama ribuan tahun. Air itulah tadi yang mengisi setiap lekukan antara benua-benua dunia hasil daripada pergerakan tektonik tadi. Air yang terbentuk tadi berlaku penguraian kimia didalamnya serta menyebabkan air laut menjadi masin.




Proses penyejatan yang tinggi selama jutaan tahun menyebabkan air laut menjadi masin sehingga ke hari ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa lautan terbentuk sekitar 44 juta tahun dahulu selepas satu juta tahun usia kelahiran bumi. Pada 38 juta tahun kemudian, bumi telah membias warna kebiruan hasil dari biasan air laut tadi. Kesahihan jangka masa ini bagaimanapun tidak diketahui ketepatannya. Berdasarkan rekod saintis, fenomena alam yang berlaku jutaan tahun yang lalu, telah mengubah bentuk muka bumi yang pada awalnya tiada air dan lautan seperti hari ini. Rekod saintis juga menunjukkan bumi kini diliputi 71 peratus dan 29 peratus lagi adalah daratan. Jumlah yang dikemukan oleh saintis terbukti benar kerana di dalam Al Quran laut telah disebut sebanyak 32 kali dan daratan 13 kali.


Jika dihitung: Jumlah lautan (32) + Jumlah daratan (13) = 45. Untuk mendapatkan peratus sebenar lautan maka hitungkan : 32 x 100/45 = 71%. Manakala peratus daratan ialah : 13x100/45 = 29%. Ianya terbukti oleh saintis bahawa jumlah air dan daratan juga mempunyai peratusan yang demikian. Wallahualam.


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (QS:21:30)


P/S: Penulis hanya insan kerdil yang menulis dari idea tersendiri serta merujuk kepada buku-buku yang muktabar. InshaAllah

AbuHusna
`Kangar, Perlis`


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails