Pages

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Dikesempatan nyawa masih dikandung badan ini, penulis seorang insan yang kerdil ini ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru diseluruh pelusuk dunia. Teristimewa ucapan hari guru ini kepada guru-guru yang pernah mendidik penulis insan yang kerdil ini untuk memiliki ilmu yang mampu menongkah arus kehidupan yang serba canggih dan moden ini.





Ucapan khas ini teristimewa untuk guru-guru di SMTBP iaitu Cikgu: Suhairizan, Zalina Harison, Zurina, Mahyuddin, Norazah dan lain2 yang penulis xmampu sebutkan disini. Tidak dilupa juga untuk guru-guru SMRTU:Bayan Baru, Png, SKBL: Bayan Lepas,Png anda semua umpama pelita yang menerangi malam.
Turut Diraikan seluruh pensyarah-pensyarah UniMAP tanpa anda siapalah saya yang kerdil ini. Selain ucapan istimewa untuk pensyarah-pensyarah, POLIMAS yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya.




Akhir kata: Semoga Allah SWT sahajalah yang mampu membalas jasa anda serta keredhaan Allah itu sentiasa bersama-sama anda.
Sabda Nabi SAW: Apabila meninggalnya anak adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu:
1.Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada manusia.
2.Sedekah jariah
3.Doa anak2 yang soleh.
(Bukhari)
Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails