Pages

Monday, October 18, 2010

Perdana Menteri Turki dan Israel Bertengkar



Video di atas menunjukkan bagaimana Erdogan meninggalkan forum secara tiba-tiba.

Dalam suatu forum ekonomi yang dianjurkan oleh World Economic Forum di Davos, sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Buat pertama kalinya, dunia melihat kuasa besar Islam iaitu Perdana Menteri Turki naik berang ketika cuba menghabiskan hujahnya.


Semasa berhujah, Recep Tayyip Erdogan telah membahaskan akan isu Palestin dan kebiadaban pentadbiran Israel terhadap masyarakat Islam Palestin. Beliau amat emosional ketika menyampaikan hujah-hujahnya sehingga membuatkan pengerusi forum iaitu David Ignatius (wartawan Washington Pos) cuba menghentikan percakapan Erdogan.

Tindakan Ignatius yang cuba memotong cakap Erdogan hanya membuatkan PM Turki itu lebih naik angin, lantas Erdogan mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut. Tindakannya mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada forum tersebut.

Erdogan memang benar-benar marah sehingga beliau mengatakan kepada Perdana Menteri Israel, Simon Peres yang berada di sebelahnya dengan kata,“You’re killing people!!”
Sebelum itu juga, berlaku perbalahan perang mulut antara kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Nada suara mereka juga meninggi antara satu sama lain dan situasi menjadi begitu emosi dan kontroversi.

Kesan dari tindakan kontroversi Erdogan itu, masyarakat Palestin telah mengadakan perarakan besar-besaran di Gaza sambil melaungkan nama Erdogan. Mereka juga membawa sepanduk gambar PM Turki itu sebagai tanda sokongan padu.

Forum tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Januari 2009. Antara ahli panel yang terlibat ialah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki), Simon Peres (PM Israel), Ban Kin Moon (Setiausaha Agong PBB) dan Amri Mussa (Setiausaha Agong Liga Arab).
Turut hadir pada forum tersebut ialah Penasihat Kanan Presiden Amerika, Barrack Obama iaitu Vallarie Jarret dan Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway).

AbuHusna
ihsan ibnu yaacob

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails