Pages

Thursday, July 1, 2010

Mitos dan Fakta pada Segitiga Bermuda

Segitiga Bermuda mula dikenali masyarakat dunia apabila berlakunya tragedi-tragedi yang dikaitkan dengan kehilangan bot-bot, kapal terbang serta kapal laut yang melaluinya dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan sehinggalah kehari ini. Apakah sebenarnya yang berlaku?...Ikuti pendedahannya...


Dunia hari ini mengenali SegiTiga Bermuda seawal bulan Disember 1967. Pendedahan eksklusif oleh National Geographic Society yang mendedahkan segala kes-kes kemalangan mengerikan yang berlaku dikawasan terbabit. Tarikan utama masyarakat dunia berkaitan segitiga bemuda ini ialah sifat alamiah tiga sempadan yang dianggap terlalu pelik. Dalam tempoh 100 tahun lebih 1000 nyawa terbunuh disitu.




Antara yang paling mendapat liputan paling hangat ialah berkaitan kehilangan Flight 19 pada 5 Disember 1945. Enam buah pesawat dan seramai 27 orang lelaki dihantar untuk mencari dan mengesan Flight 19 juga dilaporkan tidak kembali selepas itu. Kejadian tersebut mengakibatkan ramai mengaitkannya dengan cerita-cerita mitos seperti angkara makhluk halus dan juga hidupan liar lagi ganas yang menghuni di dasar lautan.Namun, tidak ada satu fakta pun mengenai dakwaan tersebut dibuktikan. Persoalan hari ini, sekiranya mengambil peratusan cerita yang wujud di tiga sudut itu kebanyakkannya mitos, adakah secara realistiknya kewujudan segitiga bermuda juga begitu?...



SegiTiga Bermuda.
Lokasi dan bentuk segitiga Bermuda itu sememangnya tidak jelas. Secara umum yang boleh diperincikan sempadan itu bermula dikawasan Bermuda, Puerto Rico dan Miami di Florida. Kawasan yang luas ini mengakibatkan saintis tidak mampu mengeluarkan sebarang fakta berkaitan setiap kemalangan yang berlaku. Walaupun demikian, saintis berpendapat bahawa segitiga bermuda yang terletak dilautan pasifik itu secara semulajadinya mengalami keaktifan pergerakkan arus lautan. Fenomena yang berlaku ini, lazimnya terjadi diwaktu putaran musim sejuk ke musim panas pada setiap tahun. Arus panas dan sejuk itu akan bergerak menuju dari Atlantik Utara, seterusnya memasuki kawasan Bermuda diselat Florida.Arus ini membawa kimia marina atau objek terapung seperti zat-zat plankton. Inilah punca terjadinya kerosakkan enjin-enjin bot, kapal laut dengan kehadiran kehidupan seni ini. Tolakan arus yang kuat juga mengakibatkan bot akan hilang pada kedudukan asalnya. Perubahan musim yang berlaku juga boleh mengakibatkan kejadian ribut. Kekuatan angin ribut ini membentuk pusaran yang mampu menyedut bot dan kapal laut ke dasar laut atau pada masa yang sama menolak apa sahaja dipermukaaan laut naik keudara. Ilmuan percaya, bahawa inilah salah satu faktor dan punca berlakunya kehilangan bot-bot serta kapal laut.



Faktor lain
Terdapat juga faktor lain mengatakan bahawa, kejadian tersebut mempunyai perkaitan dengan kewujudan kuasa elektromagnet yang terpendam didasar laut. Magnet inilah yang dikatakan menarik jarum kompas hingga menyebabkan kapal laut atau kapal terbang hilang kawalan sewaktu melalui kawasan sempadan itu. Ini masih menjadi penyelidikan hebat dan tiada sebarang pernyataan yang dibuat berkaitan teori ini. Pendapat saintis mengatakan bahawa kewujudan gas metana didasar laut tiga sempadan itu mungkin juga faktor yang mengakibatkan kehilangan sebelum ini. Gas metana yang dikatakan itu sentiasa keluar dari dasar laut dan terhidrat ke dalam air laut. Proses itu akan menghasilkan buih air sebelum terbebas keluar ke permukaan laut dan udara.Ujian makmal di Australia mendapati bahawa buih tersebut merbahaya kerana gelembung-gelembung udara yang terkeluar itu boleh mengurangkan ketumpatan air. Ia seolah-olah mewujudkan “ruang kosong”. Apabila ini berlaku, ,maka buih itu sudah tidak mampu lagi memberi ampungan yang mencukupi untuk sebuah bot atau kapal. Ini memadai akan menenggelamkan apa saja diatas permukaan air laut dengan cepat tanpa sebarang petanda. Kapal terbang juga mengalami keadaan yang sama disebabkan perlepasan gas ini maka menyebabkannya tidak mampu untuk berfungsi dengan baik sebelum hilang tanpa dapat dikesan.Manusia ynag terdedah kepada gas seumpama itu akan mengalami kesan sampingan iaitu manusia akan menjadi lemah kerana kerosakkan sel-sel otak dengan begitu cepat serta mampu meragut nyawa. Ianya juga bergantung kepada kandungan gas metana tersebut yang mampu membunuh manusia.



Penulis:
Setiap fakta yang dikemukan adalah berdasarkan kepada rujukan kepada yang pakar selain menjadikan bahan bacaan ilmiah sebagai petunjuk dan mendapatkan maklumat-maklumat yang terbaik bagi tujuan penyampaian ilmu serta menjadikan kita insane yang sentiasa berfikir. Hari ini dengan ketiadaan fakta yang jelas serta rujukan yang muktabar manusia telah jauh kepada mensyirikkan serta menyekutukan Allah SWT. Inilah halnya yang berlaku kepada kita masyarakat islam kita hari ini. Dengan ketaksuban kita kepada perkara-perkara khurafat telah membawa kepada ajaran-ajaran yang sesat lagi merugikan kita.
Telah bersabda nabi SAW: Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu mengikuti kedua perkara tersebut nescaya kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Itulah Kitabullah dan Sunnahku. Wallahualam

Abu Husna
Penang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails