Pages

Friday, June 11, 2010

Harapan seorang insan kerdil.

Ketika mana salahuddin al ayubi mengetuai peperangan bagi membebaskan Jerusalem dari tangan atau taklukan kristian, salahuddin al ayubi telah memilih dikalangan askar beliau yang hebat dan sentiasa patuh pada arahan ketua ataupun amil bagi merencanakan kemenangan dalam membebaskan Jerusalem tersebut. Penulis amat tertarik dengan kehebatan, kezuhudan khalifah ataupun pejuang agung Islam ini (singa Allah) dalam memilih askar-askar bagi mengemudi jentera serangan tentera Islam. Antara yang pernah ditegaskan oleh salahuddin al ayubi ini dalam memilih askar-askarnya ialah mesti dan wajib tidak seorg dikalangan mereka yang meninggalkan solat fardhu dan juga sembahyang malam antaranya tahjjud.


Firman Allah SWT dalam suratul Muzammil 1-4: Wahai orang yang berselimut!.(1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)





Siapakah pula salahuddin al ayubi ini?...penulis mencadangkan agar kredibiliti serta salasilah beliau dibaca pada link yang disertakan dibawah. Marilah kita jadikan beliau sebagai ikon bagi meningkatkan amalan kita selain bersolat fardhu bahkan kita memperbanyakkan solat2 sunat malam disempena kedatangan kejohanan piala dunia 2010 maka mudahlah untuk kita bangun malam untuk bersolat sebab ramai dikalangan kita yang akan bangun untuk melihat aksi-aksi perlawanan tertentu. Latihlah diri kita selama sebulan ini. InshaAllah (nasihat kpd diri penulis sendiri).


http://mohd-rashidi.blogspot.com/2008/08/salahuddin-al-ayubi.html



Penulis berdoa moga akan muncul disuatu hari seorang pemimpin yang seakan salahuddin al ayubi yang mampu membebaskan semula Jerusalem dari kongkongan serta taklukan zionis laknatullah. Lipatan sejarah yang agung pernah berlaku ditanah ini iaitu dimana peristiwa Nabi SAW di isra mikrajkan dari kota mekah ke Jerusalem ini. Hari ini apa yang berlaku kepada kita seluruh umat Islam diseluruh dunia, kita hanya mampu menyatakan bantahan serta memprotes secara “bermusim-musim” ini kerana bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itulah antara sebab yang menyebabkan Zionis laknatullah suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap sunyi, boikot kemana, demontrasi kemana, laungan jihad terus sepi...
Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu serta keganasan oleh pihak-pihak zionis laknatullah ke atas penduduk palestin.


Peristiwa yang terbaru adalah berkaitan serangan keatas bantuan keamanan oleh wira-wira dari kapal Mavi Marmara, Rachel Corie, Freedom Flotilla serta aktivis-aktivis yang terlibat yang mana mereka diserang hendap oleh komando-komando Israel . Serangan yang telah dirancang bagi membunuh tokoh-tokoh yang berpotensi menggangu gugat Negara haram Israel dari Turki. Inilah sebenar tindakan yang akan mereka lakukan demi menghalang bantuan ke palestin serta melemahkan jihad hamas yang kekurangan bekalan dari segi ubat-ubatan, makanan, peluru dan juga senjata. Tetapi penulis tegaskan bantuan yang dihantar adalah MISI BANTUAN KEAMANAN.




Harapan penulis insan yang kerdil kembalilah kita kepada Allah SWT serta laksanakan undang-undang yang berteraskan undang-undang Islam berpaksikan AlQuran dan As Sunnah sahajalah yang mampu selamatkan kita dunia dan akhirat. Hari ini, kita jauh dari Allah SWT, apatah lagi dalam mengenangkan insan mulia yang sanggup meminta perit, jerih kesakitan sakaratul maut seluruh umatnya terpulang kepadanya. Kita amat jauh….





Firman Allah SWT dalam suratul Furqan:30: Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai. (30)

Abu Husna a.k.a MrCB
-Perlis Darul Sunnah-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Related Posts with Thumbnails