“Inna mal mukminun na ikhwan” Kata Allah ini jelas menunjukkan kita seluruh muslimin dan muslimat adalah bersaudara tidak kira samada kita berjauhan ataupun berdekatan selagi mana kita sentiasa mengucapkan kalimah tauhid iaitu Lailahaillah Muhammadurasulullah, kita semua adalah bersaudara. Keadaan umat hari ini menimbulkan kerisauan sehinggalah diri sendiri teramat sedih memikirkan bagaimanakah caranya unutk kita semua selamat memasuki jannah yang telah Allah SWT telah janjikan kepada kita semua umat Islam yang beriman kepada Allah SWT. Perjalanan kembara ilmu saya ke Ibu Negara, Malaysia mengingatkan kembali kepada apa yang telah dipesan dan dinasihatkan oleh Nabi SAW berkaitan umat pada hari akhir zaman. Antaranya adalah berkaitan wanita – wanita yang berpakaian namun seolah-olah mereka itu bertelanjang telah jelas menunjukkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Nabi SAW. Penulis tidak mampu menggambarkan keadaan anak-anak muda yang telah jauh batas-batasan antara lelaki dan wanita sehingga tidak ada lagi perasaan malu dikhalayak ramai dengan duduk bersama-sama, berpeluk –pelukkan serta wanita yang tidak lagi segan silu memakai pakaian yang menjolok mata serta meghisap rokok telah menjadi kebiasaan bagi wanita dan juga lelaki. Nauzubillah.
Walaupun apa jua yang terjadi, usaha dakwah harus dijalankan walaupun dengan hanya berdoa serta meletakkan sabran ala sabran (sabar diatas sabar) bagi menghalang penularan serta mencegah kemasukkan anasir-anasir luar serta pengaruh-pengaruh yahudi dan nasrani selain memberi kesedaran berkaitan pentingnya kehidupan akhirat yang kekal abadi. Terlalu banyak agenda yahudi serta nasrani bagi menghancurkan umat Islam diseluruh dunia. Juga tidak ketinggalan golongan-golongan Pak Arab –Pak Arab yang tidak lagi menunjukkan ciri-ciri keArabannya bahkan mereka –mereka inilah yang jauh terpengaruh bersama budaya barat. Walaupun tidak semuanya namun hanya kerana nila yang setitik maka rosaklah susu sebelanga. Namun, gerakan kebangkitan kearah Islam yang syumul ataupun kearah Islam yang tulen haruslah digerakkan demi membantu saudara-saudara yang jauh dari landasan sebenar dan kita memohon kepada Allah SWT agar setiap usaha dakwah yang dijalankan ini mendapat keredhaan serta rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT. InshaAllah.
Berdakwah haruslah dari hati yang nurani dengan meletakkan keazaman mengeluarkan kecintaan dunia kepada kecintaan akhirat secara totalnya kerana dunia hanyalah ibarat penjara bagi orang-orang mukmin. Selain mengenangkan kembali sabda Nabi SAW iaitu dari kita menjadi manusia yang hanya cintakan dunia semata dan kita takutkan mati. Justeru, hisablah amalan kita yang hendak dibawa kehari akhirat. Ramai sekali yang mengaku banyak amlannya namun kealpaan serta kelalaian menjadikan kita hanya syok sendiri, sedangkan dalam solat kita masih lagi menghitung perkara-perkara dunia maka celakalah bagi mereka-mereka yang bersolat tetapi mereka lalai dari mengingati Allah dalam solatnya. Akhirnya, gerakan dakwah seiring dengan amalan yang mampu menjadikan kita sebagai umat yang dinyatakan Allah sebagai umat hebat, individu cemerlang serta baik akhlaknya dan juga aqidah yang kukuh bagi menjana dunia dengan berlandaskan AlQuran dan Sunnah. Wallahualam
Abu Husna
Kuala Lumpur

0 comments:
Post a Comment